Bulan Kemerdekaan Bakal Dilancarkan 17 Ogos 2015

Poster promosi sempena Bulan Kemerdekaan

Bulan Kemerdekaan Peringkat Kolej Vokasional (KV) Tawau akan dilancarkan pada Isnin, 17 Ogos 2015 di Dewan Tun Ahmad Shah, KV Tawau oleh Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy.

Majlis pelancaran dijangka akan bermula sejurus majlis perhimpunan tamat dan melibatkan ucapan dan gimik perasmian yang telah dirancang oleh pihak penganjur iaitu Unit Sejarah, Jabatan Umum KV Tawau yang dipengerusikan oleh Cikgu Rahimah Ali Taupah.

Berikut disertakan program dan aktiviti yang telah dirancang semasa Bulan Kemerdekaan berlangsung:
  • Kuiz Lima Minit Sejarah semasa Majlis Perhimpunan Mingguan (24 Ogos - 7 September 2015)
  • Pertandingan Koir dan Deklamasi Sajak Kemerdekaan (2 September 2015)
  • Ujian Jenis Darah (2 September 2015)
  • Kempen Derma Darah (2 September 2015)
  • Pertandingan Permainan Tradisional (4 - 5 September 2015)
    • Membuat layang-layang
    • Konda Kondi (Kayu Lele)
    • Batu Seremban
    • Cungkil Kayu
    • Congkak
    • Guli
  • Pertandingan Poskad Merdeka Kreatif (Tarikh Tutup: 7 September 2015)
  • Peraduan Teka Silang Kata (Tarikh Tutup: 7 September 2015)
  • Pertandingan Mencipta Slogan Merdeka (Tarikh Tutup: 7 September 2015)
  • Pertandingan Cipta Lagu dan Puisi (9 September 2015)
  • Pertandingan Deko Kelas Bertemakan Kemerdekaaan
  • Kempen Kibarkan Jalur Gemilang
Semua pertandingan dan aktiviti ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua warga kolej kecuali Pertandingan Poskad Merdeka Kreatif yang tertutup untuk Pra Diploma Tahun 1 dan 2 sahaja.

Kepada mereka yang berminat, sila hubungi mana-mana guru/pensyarah Unit Kemanusiaan untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai borang penyertaan.