Sambutan Rumah Terbuka Kursus Kosmetologi KV Tawau

Gambar kenangan pensyarah bersama pelajar Diploma Tahun 1, Pra Diploma Tahun 1 & 2 sempena Sambutan Rumah Terbuka Kursus Kosmetologi 1436H/2015 di Bengkel Kosmetologi | Foto oleh Carlos George

Kursus Kosmetologi telah mengadakan sambutan rumah terbuka di Bengkel Kosmetologi semalam dan seterusnya mengakhiri sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat dalaman Kolej Vokasional Tawau.

Majlis yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi hingga 2.30 petang menghidangkan pelbagai juadah makanan dan minuman yang disediakan oleh para guru dan pelajar.

Geng Kosmetologi | Dari kiri: Adline Edwina Joseph, Masriani Salaki, Arnayati Lanungka dan Mardhiah Mokthar

Tahniah kepada semua guru/pensyarah dan para pelajar Kursus Kosmetologi yang telah berjaya menganjurkan sambutan rumah terbuka ini dengan jayanya.