Pasukan Robotik KV Tawau Bawa Harapan Ke Kota Kinabalu

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Encik Doimeh Dolinting (berdiri tengah) bersama guru pengiring, Cikgu Sharmyn Lim Sinnadurai (berdiri tiga dari kanan), Cikgu Arnie Loretta Lagason (berdiri tiga dari kiri) dan para peserta Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Sabah dari Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George

Sebelas orang pelajar bersama dua guru pengiring, Cikgu Sharmyn Lim Sinnadurai dan Cikgu Arnie Loretta Lagason berangkat ke Kota Kinabalu pagi hari ini, Khamis, 13 Ogos 2015 untuk menyertai Pertandingan Robotik Peringkat Negeri Sabah, mewakili Daerah Tawau. Turut mengiringi pasukan ini ialah Cikgu Sabas Mohd Ali yang telah pun berada di Kota Kinabalu selepas menjalani kursus/taklimat MQA untuk Zon Sabah.

Pertandingan yang berlangsung di Kolej Vokasional Likas dari 14 - 15 Ogos ini menampilkan tujuh kategori peringkat sekolah merangkumi menengah atas dan menengah bawah.

Kolej Vokasional Tawau bertanding dalam kategori Upper Secondary Regular Category - Mountaineering, Upper Secondary Open Category - Robot Explorer dan Gen II Football.

Update:
Upper Secondary Regular Category - Mountaineering - Nombor 8
Upper Secondary Open Category - Robot Explorer - Nombor 5
Gen II Football - Nombor 4