Terima Kasih Guru ROS

Penyerahan salinan Laporan Akhir OBS dari Mohd Azmi Abdul Rahman (tiga dari kanan) kepada Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansor (tiga dari kiri). Turut sama (dari kiri) Salina Fazli, Masni Rahman, Shafiqah Eddy Wiyono dan Sitti Maemuna Mapasisi | Foto oleh Carlos George

Terima kasih diucapkan kepada semua guru pelatih dari Program Sarjana Muda Pendidikan Teknik dan Vokasional, Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang telah selesai menjalani Orientasi Budaya Sekolah (OBS). (Rujuk entri: KV Tawau Terima Sembilan Guru Pelatih UTHM)

Semasa mengumpul bahan untuk menyiapkan laporan OBS, para pelatih ini telah menyumbangkan tenaga untuk membantu Unit Sejarah dalam pemasangan bendera sempena Bulan Kebangsaan dan menyediakan bahan kursus ES untuk Unit Employability Skills (ES). Selain daripada itu, mereka turut sama memeriahkan Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri Peringkat Kolej Vokasional Tawau. 

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua guru pelatih ini dan semoga perjalanan karier anda semua sebagai guru mendapat keberkatan dariNya.