KV Tawau Terima Sembilan Guru Pelatih UTHM

Gambar guru pelatih UTHM bersama Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Mansur | Foto oleh Carlos George

Kolej Vokasional Tawau menerima sembilan guru pelatih dari Program Sarjana Muda Pendidikan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) pada Isnin, lepas.

Guru-guru pelatih ini akan berada disini selama dua minggu hingga 14 Ogos 2015.

Untuk makluman, berikut ialah nama guru-guru pelatih berkenaan:

Farah Farizah Binti Ahmad (Katering)
Ameeza Binti Seleh (Katering)
Sitti Maemuna Binti Mapasisi (Katering)
Lean Cheng Shim (Katering)
Salina Binti Fazli (Multimedia Kreatif)
Masni Binti Rahman (Multimedia Kreatif)
Mohd Azmi Bin Abdul Rahman (Pemesinan Am)
Shafiqah Binti Eddy Wiyono (Binaan Bangunan)
Rozianah Binti Hinnasir (Binaan Bangunan)

Selepas sesi bergambar dengan guru pelatih, TPA, Encik Azman memaklumkan bahawa sebarang jenis kajiselidik (kajian untuk ijazah pertama, sarjana dan PhD) dan penempatan pelatih dimana-mana kolej vokasional dan sekolah menengah teknik, perlu mendapat kelulusan daripada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV). "Surat permohonan dan kelulusan perlu dilampirkan bersama." tambahnya lagi.