Bengkel Pemantapan Pelaksanaan MQA

Gambar kenangan penceramah, Encik Ghazali Shah Ghani (duduk kiri) dengan Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy (duduk tengah), Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Mansor (duduk kanan) dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Encik Doimeh Dolinting (berdiri depan lima dari kiri) bersama para peserta Bengkel Pemantapan Pelaksanaan MQA | Foto oleh Carlos George

Bengkel Pemantapan Pelaksanaan MQA Peringkat Kolej Vokasional (KV) Tawau telah dilaksanakan dengan jayanya semalam, 8 September 2015, dengan bantuan penceramah jemputan iaitu Encik Ghazali Shah Bin Ghani, yang merupakan Ketua Jaminan Kualiti (KJK), KV Beaufort.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Bin Mansor sebelum memberikan ruang kepada penceramah, Encik Ghazali untuk meneruskan slot pertama beliau iaitu Pendedahan Awal MQA.


Ghazali semasa menyampaikan maklumat dalam slot pertama - Pendedahan MQA | Foto oleh Carlos George

Antara slaid yang ditayangkan semasa slot pertama | Foto oleh Carlos George

Antara maklumat yang dikongsi dalam slot pertama ini ialah peranan MQA (Malaysian Qualifications Agency) atau Agensi Kelayakan Malaysia dan kelebihan mendapatkan akreditasi MQA.

Rujuk laman web ini:
Portal Rasmi Agensi Kelayakan Malaysia
Portal Universiti Putra Malaysia

Akreditasi merupakan satu perakuan bahawa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkan oleh sesebuah institusi pengajian tinggi telah mencapai tahap standard kualiti yang ditetapkan. Terdapat dua jenis akreditasi yang ditawarkan oleh MQA, iaitu Akreditasi Penuh dan Akreditasi Sementara.


Cikgu Hairudin (tengah) antara peserta yang memberikan tumpuan sepenuhnya dalam slot pertama | Foto oleh Carlos George


Ketua Jabatan, Ketua Bengkel dan Ketua Unit adalah peserta yang diwajibkan untuk hadir dalam bengkel ini | Foto oleh Carlos George

Untuk memohon akreditasi ini, MQA telah menetapkan sembilan aspek utama yang perlu mencapai tahap standard kualiti yang ditetapkan, dikenali sebagai Kod Amalan Program Akreditasi dan Kod Amalan Audit Institusi. Kod berkenaan ialah:
  1. Visi, misi, matlamat pendidikan dan hasil pembelajaran
  2. Rekabentuk kurikulum dan penyampaian
  3. Penilaian pejar
  4. Pemilihan pelajar dan perkhidmatan sokongan
  5. Staf akademik
  6. Sumber pendidikan/kemudahan pengajaran dan pembelajaran
  7. Pemantauan dan semakan program
  8. Kepimpinan, tadbir urus  dan pentadbiran
  9. Penambahbaikan kualiti berterusan

Selepas rehat, bengkel diteruskan dengan Slot ke-2 iaitu Bengkel Penulisan Objektif Pendidikan Program (PEO), Hasil Pembelajaran Program (PLO), Hasil Pembelajaran Kursus (CLO) dan Slot ke-3, Pembentangan Kumpulan.

Majlis Perasmian Penutupan disempurnakan oleh Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy yang berharap agar semua pihak yang terlibat berkerjasama untuk memastikan pelaksanaan MQA untuk Kolej Vokasional Tawau berjalan lancar.

Majlis perasmian penutupan diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar bersama penceramah.

Majlis Penyampaian Cenderahati kepada penceramah jemputan, Ketua Jaminan Kualiti, KV Beaufort, Encik Ghazali Shah Ghani yang disampaikan oleh Ketua Jaminan Kualiti, KV Tawau, Encik Yahaya Ismail. Turut sama Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy, TPA, Encik Azman Mansor, TPSA, Encik Doimeh Dolinting dan Ketua Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Encik Talip Maming | Foto oleh Carlos George

Rujukan lain:
Portal Rasmi Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS): http://www.ptss.edu.my/v6/index.php?option=com_content&view=article&id=120:unit-akreditasi-mqa-&catid=42:info&Itemid=1
Institut Pendidikan Guru Kampus Kent: http://ipgkkent.edu.my/document/OBE/brosur/obepel.pdf