Makluman Pemeriksaan Gigi Pelajar

Makluman Pemeriksaan Gigi Pelajar oleh Penyelaras Unit Kesihatan, Cikgu Chang On Ling (sila klik gambar untuk mendapat gambaran yang lebih terperinci)

Pemeriksaan gigi para pelajar Kolej Vokasional Tawau anjuran Hospital Tawau telah bermula sejak 8 September 2015 dan dijangka tamat pada 15 September 2015. 

Pemeriksaan gigi dijalankan mengikut kursus dan kerjasama para guru/pensyarah untuk memberi pelepasan p&p sepanjang pemeriksaan ini dilakukan.

Menurut jururawat yang bertugas semasa dihubungi memberitahu bahawa, proses rawatan akan menyusul selepas semua rekod pergigian pelajar direkodkan. Walau bagaimanapun, tarikh rawatan belum dimaklumkan.