Kerjasama TVET KV Tawau dan Kolej Komuniti Tawau

Gambar kenangan penceramah, Cik Nantini A/P Anpalakan dengan guru pengiring, Cikgu Wan Shamsuhaimi dan Cikgu Hairudin bersama peserta Ceramah/Bengkel Pemasangan Komponen Komputer di Makmal Komputer, Kolej Komuniti Tawau | Foto ikhsan Wan Shamsuhaimi

Kerjasama antara Kolej Vokasional Tawau dan Kolej Komuniti Tawau diteruskan dengan Ceramah/Bengkel Pemasangan Komponen Komputer di Makmal Komputer Kolej Komuniti Tawau pada 5 September lepas, melibatkan semua pelajar Pra Diploma Tahun 2 Program Sistem Komputer dan Rangkaian, Kolej Vokasional Tawau.

Gambar kenangan para peserta dilobi Bangunan Kolej Vokasional Tawau di Perdana Square, Tawau

Cik Nantini menunjukkan pemasangan komponen pada papan induk (motherboard)

Pada minggu yang sama, para pelajar Kolej Komuniti Tawau turut berkunjung ke Kolej Vokasional Tawau untuk Pemasangan Kabel Rangkaian di Bilik Pensyarah Jabatan Pengajian Perniagaan, KV Tawau.


Para pelajar Kolej Komuniti semasa sesi taklimat ringkas bersama pensyarah mereka di Bengkel Pengajian Perniagaan

Proses penyediaan kabel sebelum melakukan pendawaian oleh pelajar Kolej Komuniti Tawau