KV Kudat Lawat KV Tawau Untuk Penandarasan Asrama Gemilang

Gambar kenangan rombongan KV Kudat bersama TPSA Kolej Vokasional Tawau, Encik Doimeh Dolinting dan Unit Asrama KV Tawau di Dataran Ilmu, KV Tawau | Foto oleh Carlos George

Rombongan Kolej Vokasional (KV) Kudat yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Encik Ahmad Fakhrurazi Hamzah tiba di Kolej Vokasional Tawau pada jam 8.30 pagi, 18 September 2015. Rombongan ini terdiri daripada 25 orang pelajar dan 10 orang guru pengiring.


Ucapan daripada TPA, Encik Azman Mansur yang mengalu-alukan lawatan penandarasan Asrama Gemilang dari KV Kudat | Foto oleh Carlos George


Antara guru-guru dan pelajar KV Kudat yang terlibat dalam lawatan kali ini | Foto oleh Carlos George

Rombongan dibawa ke Bilik BMG 1 untuk sesi Taklimat Gerak Kerja Asrama Gemilang yang disampaikan oleh Biro Asrama, Nur Fatin Fitria Binti Saharudin (1DKV HFP).


Antara slaid yang ditayangkan semasa sesi taklimat oleh wakil pelajar | Foto oleh Carlos George

Selesai sesi taklimat, TPSA KV Kudat, Encik Ahmad Fakhrurazi dijemput untuk memberikan ucapan. Beliau menyampaikan ucapan salam dari Pengetua KV Kudat, Encik Abd Hafizd Bin Pengiran Adnan dan menyatakan ucapan terima kasih atas komitmen dan kerjasama dari pihak pengurusan KV Tawau atas sambutan dan maklumat yang telah dikongsikan untuk lawatan berkenaan. 


TPSA KV Kudat, Encik Ahmad Fakhrurazi menyampaikan penghargaan semasa memberikan ucapan | Foto oleh Carlos George


TPA, Encik Azman Mansur menerima cenderakenangan daripada wakil pentadbir KV Kudat | Foto oleh Carlos George

Sebelum ke KV Tawau, rombongan ini telah terlebih dahulu membuat lawatan ke asrama KV Sandakan pada 16 September 2015.


TPSA, Encik Doimeh Dolinting (tengah) merakam gambar kenangan bersama kembar Jeprin (kanan) dan Jeplin (kiri) dari KV Kudat | Foto oleh Carlos George