Pertandingan Solekan Bertemakan Pakaian Tradisi Malaysia Uji Kemahiran Pelajar

Antara hasil solekan pelajar untuk Pertandingan Solekan Bertemakan Pakaian Tradisi Malaysia | Foto oleh Carlos George

Bengkel Kosmetologi Kolej Vokasional (KV) Tawau telah menganjurkan Pertandingan Solekan Bertemakan Pakaian Tradisi Malaysia bagi Pelajar Pra Diploma Tahun 2 yang telah berlangsung pada 18 September 2015. Pertandingan ini bermula pada jam 7.30 hingga 11.30 pagi.


Peserta pertandingan sedang mendandan rambut model sebelum penilaian dilakukan oleh para juri | Foto oleh Carlos George 


Suasana sibuk menyelubungi bilik solekan Bengkel Kosmetologi menjelang persiapan akhir para peserta bersama model masing-masing | Foto oleh Carlos George


Puan Erni Binti Majid (kiri) menjalankan tanggungjawab selaku juri pertandingan, memberikan markah kepada hasil solekan dan dandanan pelajar | Foto oleh Carlos George

Antara objektif pertandingan ini ialah sebagai pendedahan kepada pelajar untuk bekerja dibawah tekanan disamping mengasah kemahiran supaya dapat memenuhi keperluan industri dan seterusnya mencapai tahap solekan yang diperlukan oleh pihak industri.


Model-model yang siap didandan memperagakan hasil solekan dan dandanan masing-masing dihadapan para juri | Foto oleh Carlos George


Pakaian perkahwinan tradisi turut menjadi pilihan para peserta untuk menyerlahkan hasil solekan masing-masing | Foto oleh Carlos George

Bengkel Kosmetologi juga berbesar hati menjemput empat juri dari beberapa pusat bertauliah iaitu Puan Noraimah Binti Ahmad (Nida Beauty Center, Tawau), Puan Erni Binti Majid (Ugie Beauty Cosmetic and Spa, Tawau), Cik Norlia Binti Masmudin (Lady Jue Wellness & Beauty, Tawau) dan Puan Ruzidah Binti Ishak (Eeda Beauty Gallery, Kuala Lumpur) yang merupakan Panel NOSS JPK dan Pakar Industri Negara. Seorang lagi juri ialah pensyarah Program Kosmetologi, Cikgu Masriani Salaki yang bertindak sebagai ketua juri. 


Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansur memberikan ucapan ringkas sebelum model memperagakan pakaian dan solekan masing-masing dihadapan para juri | Foto oleh Carlos George


Cik Norlia Binti Masmudin (kiri) dan Puan Ruzidah Binti Ishak (dua dari kiri) sedang membuat kiraan markah berdasarkan kepada kriteria-kriteria yang diadili sepanjang pertandingan berlangsung | Foto oleh Carlos George

Berikut ialah pemenang bagi Pertandingan Solekan yang disertai oleh 21 orang pelajar Pra Diploma Tahun 2 berkenaan:

Juara: Fadzraina Binti Jimlani
Tempat Ke-2: Masni Binti Karman
Tempat Ke-3: Shyliha Binti Bakar




Gambar kenangan para guru/pensyarah Bengkel Kosmetologi bersama Puan Ruzidah Binti Ishak (tengah) dan Puan Noraimah Binti Ahmad (dua dari kiri) sebelum pertandingan ini menutup tirai buat tahun 2015 | Foto oleh Carlos George