Pasukan Rekacipta Tempah Tiket Ke Peringkat Kebangsaan

SELFIE TIME | Gambar kenangan pelajar bersama guru pengiring dihadapan banner Pertandingan Inovasi Kolej Vokasional Zon Sabah dan W/P Labuan 2015 | Foto ikhsan Mohd Kassim Ambosaka

Pasukan Rekacipta dibawah bimbingan Cikgu Mohd Kassim Bin Ambosaka berjaya meraih Naib Johan Kategori Pelajar Pertandingan Inovasi Kolej Vokasional Zon Sabah dan W/P Labuan dengan produk inovasi Smart Wireless PA System.


Sesi penerangan produk SMART WIRELESS PA SYSTEM oleh pelajar kepada para juri pertandingan | Foto ikhsan Mohd Kassim Ambosaka

Pertandingan yang berlangsung pada 14-15 September 2015 di Kolej Vokasional (KV) Sandakan ini menampilkan produk-produk inovasi terkini dari kolej-kolej vokasional dalam Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan (W/P) Labuan.

Mengiringi pasukan ini ialah Cikgu Jalil Saari, Cikgu Nurdin Muliuseng, Cikgu Awatif Mohd Suhaimi dan Cikgu Fazilah Selamat.

Cikgu Nurdin Muliuseng turut bertanding dalam Kategori Inovasi Produk dan PdP Guru dengan produk Microcontroller TV Trainer Kit, tetapi tidak berjaya menarik perhatian para juri.

Satu lagi produk inovasi pelajar yang dipertandingkan iaitu Dual Lock turut mengalami nasib yang sama.  


Pingat dan piala kemenangan Naib Johan Kategori Produk Murid 2015 | Foto ikhsan Mohd Kassim Ambosaka

Keputusan Rasmi Pertandingan Inovasi dan Pidato Inovasi Zon Sabah dan W/P Labuan 2015.

Kategori Inovasi Produk Pelajar
Johan: KV Lahad Datu (Portable Air Compressor)
Naib Johan: KV Tawau (Smart Wireless PA System)
Tempat ke-3: KV Keningau (Sikat Mudah Bersih)

Kategori Inovasi Produk dan PdP Guru
Johan: KV Likas (Universal Welding)
Naib Johan: KV Kudat (Infinity Combined Jig)
Tempat ke-3: KV Keningau (Jig Pemotong Paip)

Kategori Pidato Inovasi
Johan: KV Sandakan
Naib Johan: KV Beaufort
Tempat ke-3: KV Keningau

Tahniah kepada pasukan ini. Dimaklumkan bahawa, pasukan ini akan mewakili Zon Sabah dan W/P Labuan bersama dengan pasukan KV Lahad Datu ke Pertandingan Inovasi Peringkat Kebangsaan yang akan dimaklumkan kemudian.