KV Tawau Johan Kuiz Bertulis Pertandingan MBM/MBI Zon Sabah

Pasukan MBM/MBI Kolej Vokasional Tawau bersama guru bahasa Inggeris dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Doimeh Dolinting (berdiri tengah). Duduk dari kiri: Ho Kien Yuen (2KSK), Masyad Daurrahman B. Sambulan (2HSK), Fadilah Harun (2WTP), Farhana Hafizah Binti Basaan (2ETE), Nur Ayuni Shafiqah Binti Bacho (1HBP) dan Mohd Adam Bin Osman (1KSK) | Foto ikhsan Marklin Muilin

Pertandingan MBM/MBI Peringkat Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang berlangsung di Kolej Vokasional (KV) Kudat pada 12 September 2015 menyaksikan peserta KV Tawau, Mohd Adam Bin Osman meraih gelaran johan dalam Pertandingan Kuiz Bertulis, mengalahkan 47 peserta yang lain.

Empat kategori dipertandingkan dalam pertandingan ini iaitu Kategori SCRABBLE, Kategori Spelling Bee, Kategori Public Speaking dan Kategori Kuiz Bertulis.

Menurut Cikgu Marklin Muilin, Pertandingan MBM/MBI ini adalah pertandingan peringkat Zon dan tidak melibatkan peringkat yang lebih tinggi di peringkat kebangsaan.

Peserta lain, Masyad Daurrahman turut layak ke separuh akhir Kategori Spelling Bee namun terpaksa akur untuk tempat yang ke-4. 

Tahniah kepada pasukan ini yang telah berusaha bersungguh-sungguh dan berjaya mencapai kejayaan untuk Kolej Vokasional Tawau.