Program Korban dan Aqiqah KV Tawau 2015

Gotong royong melaksanakan acara penyembelihan semasa Program Korban menjadi amalan setiap tahun | Foto oleh Carlos George

Empat ekor sapi bersama seekor kambing menjadi korban dalam Program Korban dan Aqiqah, Peringkat Kolej Vokasional Tawau yang telah berlangsung di perkarangan Flat Rindu 1, KV Tawau pada 26 September 2015 bermula jam 7.30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 1.30 petang.


Melapah dilakukan secara bergilir-gilir | Foto oleh Carlos George


Cikgu Rasi (kiri) dan Cikgu Supiansiah (kanan) bertugas memotong tulang kepada bahagian kecil | Foto oleh Carlos George

Sapi pertama disembelih pada jam 7.34 pagi, sapi kedua pada jam 8.14 pagi, sapi ketiga jam 8.28 pagi dan sapi keempat pada jam 8.43 pagi. Kerja-kerja melapah diteruskan sejurus sapi disembelih untuk memudahkan semua urusan berkenaan pembahagian daging dan proses memasak.


Kerja mencuci bahagian perut merupakan tugas yang mencabar | Foto oleh Carlos George


Aktiviti memotong daging menjadi ketulan kecil sebelum dimasak untuk makanan tengahari | Foto oleh Carlos George 


Ustaz Mohd Jamree bersama Cikgu Shyamsuddin menimbang jumlah berat keseluruhan daging sebelum mengagihkan kepada bahagian kecil | Foto oleh Carlos George


Jawatankjuasa Memasak mula menyediakan bahan masakan seawal jam 7.30 pagi dan mula memasak pada jam 9.00 pagi | Foto oleh Carlos George

Tahniah kepada jawatankuasa KKRKVT yang telah menyusun program ini dengan lebih teliti berbanding tahun sebelumnya dan melicinkan lagi perjalanan majlis.

Makan tengahari | Foto oleh Carlos George

Sup tulang merupakan antara menu pilihan utama para guru dan tetamu jemputan dalam majlis yang berlangsung selepas upacara mengerjakan ibadah korban | Foto oleh Carlos George

Baca juga:
Program Ibadah Korban Peringkat Kolej Vokasional Tawau 2014