Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi KV Tawau 2015

Cikgu Heatinorayu (duduk depan - tiga dari kanan) membentangkan Laporan Kewangan Koperasi sepanjang tahun 2015 semasa Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kolej Vokasional Tawau berlangsung di Dewan Tun Ahmad Shah. Kelihatan, Pengerusi, Cikgu Mohd Arif Rahima (depan - tiga dari kiri) sedang berbincang dengan Cikgu Juridah Dalle (dua dari kiri). Turut sama, Cikgu Norhayati Sakka dan barisan jawatankuasa anggota lembaga koperasi pelajar | Foto oleh Carlos George 

Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kolej Vokasional Tawau berjalan lancar pada 30 September 2015 bermula jam 7:30 pagi hingga jam 9:00 pagi. Mesyuarat \Agung ini telah dipengerusikan oleh Penyelaras Koperasi, Cikgu Mohd Arif Bin Rahima.

Antara agenda mesyuarat ialah laporan kewangan, pelantikan jawatankuasa dan had keberhutangan maksimum.