Teknologi Automotif Teroka Bidang Sukan Pemotoran Drift

Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansur turut memberikan sokongan kepada pasukan pada hari pertandingan berlangsung. Turut bersama krew pasukan KV MOTORSPORTS TEAM ialah pemandu Cikgu Muhammad Yamalang (tiga dari kanan) dan Azrul Ayob (empat dari kiri) | Foto oleh Hashim Lahiban

Program Teknologi Automotif Kolej Vokasional (KV) Tawau dibawah pimpinan Ketua Bengkel, Cikgu Hashim Lahiban membuka lembaran baru dalam mempromosikan Program Teknologi Automotif kepada umum melalui Sukan Pemotoran Drift dalam Kalabakan Drift Challenge 2015 yang telah berlangsung pada 19 - 20 September 2015 yang lepas.


"Sukan Pemotoran seperti Drag dan Drift sudah menjadi acara tahunan di Daerah Tawau dan ini sebenarnya menyediakan satu peluang besar bagi Program Teknologi Automotif, bukan sahaja untuk pendedahan tetapi juga merasai sendiri proses yang terlibat dalam sukan ini.", jelasnya ketika ditanya mengenai penglibatan dalam sukan ini.
Hashim Lahiban


"Oleh kerana kita tidak menawarkan kursus pemanduan drift dalam silibus program, tiada pelajar yang akan terlibat sebagai pemandu, hanya sebagai krew pasukan.", tambahnya lagi.


Dengan membawa jenama KV MOTORSPORTS, Program Teknologi Automotif, KV Tawau tidak terlibat secara langsung menjadi pelumba atau pemandu kenderaan drift tetapi menjadi krew pasukan yang bertanggungjawab menyelenggara kenderaan pemandu sebelum, semasa dan selepas perlumbaan.


Ketika ditanya mengenai sokongan dari pihak pentadbir, Cikgu Hashim menyatakan bahawa Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy memberikan sokongan penuh atas penglibatan ini.


"Dalam Kalabakan Drift Challenge ini, kita akan menggunakan khidmat pemandu Drift berpengalaman dari luar iaitu Mohd Fadhlan Misran dan Azrul Ayob yang bertanding dalam Kategori Expert dan Cikgu Muhammad Yamalang dan Mohd Arziwan Alli Awang Talip (Guru di SMK Kabota) yang bertanding dalam Kategori Novice."

Jentera yang digunakan ialah Nissan Bluebird 910 bernadikan enjin RB20DET dan Nissan Silvia S14 bernadikan enjin SR20DET yang telah dinaiktaraf dan mampu membebaskan 250 - 400 kuasa kuda. Satu lagi jentera, Nissan Silvia 180SX terpaksa diketepikan setelah mengalami masalah teknikal dan kerosakan semasa diuji beberapa hari menjelang hari pertandingan.


Jentera Nissan Bluebird 910 membawa logo KV MOTORSPORTS TEAM | Foto oleh Carlos George

Jentera Nissan Silvia S14 | Foto oleh Carlos George

INFO Tambahan:
DET bermaksud (D)ual over head cam, (E)lectronic fuel injected, (T)urbo.
Sumber: http://www.urbandictionary.com 

Baca juga:
Kenali Asas Sukan Drift