![]() |
Cikgu Mohd Arziwan Alli (dua dari kanan) bersama piala piston dan juri, Encik Loyai Hanizam (kiri) dan Tony Wong (kanan) | Foto oleh Mohammad Yamalang |
![]() |
Antara aksi Nissan Silvia 180SX Pasukan KV Motorsports di litar drift Borneo Palinda Motorsports Park yang sempat dirakamkan | Foto oleh Mohammad Yamalang |
Bersandarkan kepada jentera Nissan Silvia 180SX yang dikuasakan oleh enjin SR20DET dalam Kategori Novice, pemandu drift, Cikgu Mohd Arziwan Alli terpaksa akur ditempat ke-3, dibelakang pelumba Micheal Chung dari Kota Kinabalu yang menggunakan jentera Cefiro A31 RB25DET dan Reindy Riupassa dari Indonesia yang menggunakan jentera Nissan Silvia S14 RB25DET, masing-masing ditempat ke-2 dan pertama.

Disertai oleh 32 peserta dari Borneo, Jepun dan Indonesia, pertandingan anjuran bersama Borneo Palinda Motorsports Sabah, Kelab Sukan Bermotor Kinabalu, Pemuda UMNO Bahagian Papar dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat P. 175 Papar dinilai oleh tiga juri berpengalaman iaitu Loyai Hanizam (Malaysia) selaku juri utama, Tony Wong (Sabah) dan Atshushi Taniguchi (Jepun).
Seorang lagi pemandu yang membawa nama M7 KVT Motorsports ialah pemandu drift berpengalaman, Encik Madsri Maddakulah yang bertanding dalam kategori Expert. Walaubagaimanapun Madsri hanya berjaya menamatkan perlumbaan ditempat ke-11.

Pelumba Drift KVT Motorsports, Cikgu Mohammad Yamalang yang telah meraih tempat ke-3, Kategori Novice dalam Kalabakan Drift Challenge 2015 merasa agak terkilan kerana tidak dapat beraksi dalam pertandingan ini. Mohammad memaklumkan bahawa kereta Cefiro A31 yang sedang dinaiktaraf tidak sempat disiapkan untuk perlumbaan.
![]() |
Jentera AE86 yang didaftarkan dibawah Masri AE86 SR20DET Kixx Drift KVT Motorsports Wan Boss Garage bakal beraksi dalam Pertandingan AW Drift pada 1 November 2015 ini | Foto oleh SPEED LEGACY |
![]() |
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Hajah Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang merasmikan pertandingan ini turut bergambar bersama Alinka Hardianti (kiri), drifter dari Indonesia | Sumber http://kinabalutoday.com/ |
Tahniah diucapkan kepada pasukan M7 KVT Motorsports Team yang telah menyelenggara dan menyiapkan jentera Nissan Silvia 180SX untuk pertandingan ini.
M7 KVT Motorsports Team Participation & Achievement. 3rd best qualifying for novice, 11th best qualifying for xpert and...Posted by Ols Montcul on Monday, October 19, 2015
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada semua penaja pasukan M7 KVT Motorsports Team dalam AM1 Borneo Drift Challenge iaitu M7 Fast Profit, Multilink Global Arc (Pro Oil) dan A'sat Jaya Enterprise.
Ikon Kolej Vokasional Tawau M7 Motorsports dalam sukan permotoran DRIFT di Sabah. Kebanggaan kami hasil usaha pelajar,...Posted by Ols Montcul on Thursday, October 22, 2015
Baca lagi:
AM1 Borneo-Paparian Drift Challenge Thru My Lens - http://www.karotaku.com/
AM1 Borneo Drift Challenge 2015: Bukan Pengalaman Biasa - http://fastnlow.net/