KV Tawau Lawat Kolej Komuniti Tawau Untuk Mantapkan Pelaksanaan MQA

Sesi taklimat rombongan oleh Pengarah Kolej Komuniti Tawau, Encik Rashid Saad (tengah) bersama Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran, Encik Mahadi Ripin (kiri) dan Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy (kanan) | Foto oleh Yahaya Ismail

Kerjasama TVET yang sudah terjalin antara Kolej Vokasional (KV) Tawau dan Kolej Komuniti Tawau diteruskan dengan Lawatan Penanda Arasan Pelaksanaan MQA untuk memantapkan persediaan KV Tawau sebelum memohon akreditasi MQA bagi kesemua 13 kursus yang ditawarkan pada masa ini.

Lawatan yang diketuai oleh Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy bersama Ketua Jaminan Kualiti, Encik Yahaya Ismail, disertai oleh 25 orang guru/pensyarah yang terdiri daripada Ketua Jabatan, Ketua Bengkel dan Ketua Unit.


Rombongan Kolej Vokasional Tawau semasa sesi taklimat | Foto oleh Yahaya Ismail

Rombongan lawatan disambut oleh Pengarah Kolej Komuniti Tawau, Encik Rashid Bin Saad, Ketua Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran, Encik Mahadi Bin Ripin dan beberapa orang pegawai pengurusan Kolej Komuniti Tawau.

Antara tujuan lawatan ini ialah penanda arasan sistem fail dan perkongsian pengalaman tentang pelaksanaan MQA di Kolej Komuniti Tawau.

Kolej Komuniti Tawau ditubuhkan pada 25 Mei 2000 dan mula melaksanakan MQA pada bulan Jun tahun berikutnya dibawah Kursus Sijil Sistem Komputer Dan Sokongan dan Sijil Teknologi Elektrik (Pemasangan Dan Perkhidmatan). Kemudian, Kursus Sijil Automotif menyusul pada Disember 2002 (Rujuk: Daftar Kelayakan Malaysia: Kolej Komuniti Tawau).


Cenderahati kenangan daripada Pengarah Kolej Komuniti kepada Pengarah KV Tawau | Foto oleh Yahaya Ismail

Kini, Kolej Komuniti Tawau menawarkan lima kursus pengajian peringkat sijil yang diiktiraf MQA termasuk Sijil Pemasangan Elektrik pada September 2012 dan Sijil Rangkaian Komputer pada Jun 2014. Laman web Kolej Komuniti Tawau boleh dilayari di: http://www1.kktaw.edu.my/v7/index.php

Sebelum ini, Kolej Vokasional Tawau telah membuat Lawatan Penanda Arasan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tawau pada 30 September 2015.


Gambar semasa lawatan ke IPG Kampus Tawau bersama Timbalan Pengarah IPG Tawau, Tuan Haji Mohd Zain Badwi (tengah), KJJK IPG Tawau, Puan Naima Binti Kadir (kanan) dan Ketua Jaminan Kualiti KV Tawau, Encik Yahaya Ismail | Foto oleh Arnayati Lanungka