PIBG Ambil Inisiatif Kurangkan Kesan Jerebu

YDP PIBG Kolej Vokasional (KV) Tawau, Encik Abdul Samat Akui (dua dari kiri) memakaikan topeng penutup hidung dan mulut kepada pelajar Pra Diploma Tahun 1 yang meneruskan persekolahan kerana sedang menjalani Penilaian Akhir Semester 2. Turut sama ialah Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy (belakang) dan Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansor (kiri) | Foto oleh Carlos George

"Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Kolej Vokasional diteruskan dibawah OPS TOPENG." Berdasarkan kepada kenyataan berkenaan, pihak PIBG Kolej Vokasional (KV) Tawau telah mengambil inisiatif membekalkan 1000 topeng penutup hidung dan mulut kepada semua warga KV Tawau yang terlibat, termasuk guru-guru, akp dan pelajar yang menjalani peperiksaan bertulis dan amali.

Pengarah, Encik Rangiah turut memakaikan topeng kepada pelajar | Foto oleh Carlos George

Acara pengagihan topeng ini berlangsung di hadapan Dewan Tun Ahmad Shah, Kolej Vokasional Tawau sebelum pelajar Pra Diploma Tahun 1 memasuki dewan untuk Penilaian Akhir Sejarah | Foto oleh Carlos George

Seperti yang dimaklumkan dalam media sosial dan media massa, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) Daerah Tawau telah mencecah 130 pada hari Ahad, 18 Oktober 2015 yang menyebabkan semua sekolah sekitar Daerah Tawau diarahkan supaya ditutup sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi situasi yang lebih teruk.

Antara pelajar Pra Diploma Program Perakaunan (BAK) Tahun 1 yang sempat mengayakan topeng yang telah diagihkan | Foto oleh Carlos George 

Penilaian Akhir diteruskan sehingga kertas terakhir iaitu Kertas Modul KV pada hari Khamis ini | Foto oleh Carlos George

Bacaan tertinggi direkodkan sekitar jam 6 hingga 7 pagi pada hari ini, 19 Oktober 2015 iaitu 165 (Sumber: http://apims.doe.gov.my).

Suasana di sekitar Kolej Vokasional Tawau lebih kurang jam 3.00 petang pada hari berkenaan | Foto oleh Carlos George

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Sila layari portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.