Jabatan Hospitaliti Meriahkan Program MEMBARA UMNO

Booth Pameran Kursus Pengajian Awal Kanak-kanak | Foto ikhsan Shim Kui Ling

Jabatan Hospitaliti Kolej Vokasional Tawau menyertai Program MEMBARA anjuran Biro Ekonomi dan Keusahawanan UMNO Cawangan Tawau di Dewan Masyarakat Tawau pada 9 November 2015.

Program ini berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 10.00 malam.

Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh Jabatan Hospitaliti ialah pameran hasil kerja pelajar dari Kursus Pengajian Awal Kanak-kanak dan Kursus Fesyen dan Pembuatan Pakaian, jualan makanan oleh Kursus Seni Kulinari dan Kursus Bakeri dan Pastri, Demontrasi Fruit Carving dari Kursus Seni Kulinari dan perkhidmatan Manicure, pedicure, scrub dan refleksiologi dari Kursus Kosmetologi.

Selain melaksanakan aktiviti yang telah dirancang, penyertaan ini secara tidak langsung mempromosikan Pengambilan Pelajar Baru Kolej Vokasional Tawau 2016.

Booth Jualan Kursus Bakeri dan Pastri | Foto ikhsan Rokiah Hashim

Booth Pameran Kursus Fesyan dan Pembuatan Pakaian | Foto ikhsan Fazilah Selamat

Semua pelajar yang terlibat adalah pelajar Diploma Tahun 1, Jabatan Hospitaliti, Kolej Vokasional Tawau.

Kaunter perkhidmatan Kursus Kosmetologi | Foto ikhsan Rokiah Hashim

Booth jualan dan demontrasi Fruit Carving Kursus Seni Kulinari | Foto ikhsan Rokiah Hashim

Tahniah kepada semua guru/pensyarah dan pelajar yang terlibat menjayakan program tersebut.


INFO LAIN:
KKLW Sentiasa Beri Keutamaan Terhadap Bidang Keusahawanan - Ismail Sabri 
MAJLIS PERASMIAN MEMBARA ANJURAN BIRO DAN KEUSAHAWANAN