Cikgu Mohd Hashim Lahiban Terima Kenaikan Pangkat DG38

Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy (kanan) menyampaikan surat kenaikan pangkat kepada Cikgu Mohd Hashim Lahiban (tengah) sambil diperhatikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansor (kiri) | Foto ikhsan Muhammad Yamalang

Cikgu Mohd Hashim Lahiban yang mula bertugas di Kolej Vokasional Tawau (SM Vokasional Tawau pada ketika itu) pada 1 Disember 1992, menerima surat kenaikan pangkat ke DG38 secara Time-Based Kecemerlangan pada 6 November 2015 dari Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy.

Sebelum ini, Mohd Hashim telah menerima kenaikan pangkat DG29, DG32 dan DG34. Tarikh kuatkuasa kenaikan pangkat DG38 bermula 1 Oktober 2015.

Selain itu, Cikgu Mohd Hashim turut berjaya mendapatkan pengiktirafan SKM Tahap 5 melalui kaedah SKM-PPT, baru-baru ini.

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Mohd Hashim, Ketua Bengkel Teknologi Automotif, Kolej Vokasional Tawau.