Program Amali Sembelihan Peringkat Kolej Vokasional Tawau

Cikgu Mohd Fadzilah Husin selaku fasilatator jemputan dalam program ini membimbing para pelajar tentang cara untuk menyembelih ayam dengan betul | Foto oleh Carlos George

Program Amali Sembelihan Ayam untuk Pelajar Pra Diploma Tahun 1 peringkat Kolej Vokasional (KV) Tawau ini dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam, KV Tawau.

Program berkenaan telah berlangsung pada hari Khamis, 5 November 2015 di Astaka Stavotek.

Antara pelajar yang hadir dalam program amali ini | Foto oleh Carlos George

Azman (kiri), pelajar Pra Diploma Teknologi Automotif Tahun 1 sedang menunggu giliran dambil memegang ayam sembelihan | Foto oleh Carlos George 

Tujuan program ini diadakan ialah untuk mengukuhkan pemahaman pelajar, pensyarah dan staf KV Tawau terhadap ibadat penyembelihan yang merupakan salah satu kewajipan yang dituntut kepada umat Islam.

Para pelajar membersihkan ayam yang telah disembelih | Foto oleh Carlos George

Pelajar Pra Diploma Tahun 1 Program Perakaunan bekerjasama membersihkan daging ayam yang telah dipotong untuk dimasak | Foto oleh Carlos George

Sebanyak 40 ekor ayam telah disembelih dalam program ini dan selepas aktiviti penyembelihan, Unit Pendidikan Islam turut menjalankan aktiviti membersihkan ayam, memasak dan jamuan makan.

Cikgu Heatinorayu (duduk tengah) turut membantu dalam proses persediaan memasak sambil diperhatikan oleh Cikgu Anif Hamzah (kiri) dan Cikgu Kasmah Baharon (kanan) | Foto oleh Carlos George

Aktiviti memasak daging ayam yang telah dicampurkan dengan perasa | Foto oleh Carlos George