KKRKVT Sambut Kelahiran Bayi dan Pengantin Baru

Tahniah kepada Ketua Jabatan Pengajian Perniagaan, Cikgu Norhayati Amir yang telah selamat melahirkan anak perempuan pada 13 Januari 2016, diwakili oleh Ketua Unit, Cikgu Sarina Mail (kanan) yang bakal menerima cahayamata ke-3 pada pertengahan tahun ini. Hadiah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Hj Mansor (tengah) diiringi oleh Pengerusi KKRKVT, Cikgu Mohd Fadzilah Husin (kiri). | Foto oleh Carlos George  

Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kolej Vokasional Tawau (KKRKVT) dengan berbesar hati menyampaikan hadiah/sumbangan kepada warga guru/pensyarah yang telah menerima cahayamata baru dan mendirikan rumahtangga semasa musim cuti hujung tahun baru-baru ini, semasa Majlis Perhimpunan Mingguan Kolej pada 18 Januari 2016.

Penerima hadiah/sumbangan cahayamata baru ialah Cikgu Carlos George (baby boy), Cikgu Shaharudin Aziz (baby boy), Cikgu Nusrah Yassin (baby boy), Cikgu Zainab Madil (baby boy) dan Cikgu Nurhayati Amir (baby girl).

Manakala penerima hadiah/sumbangan pengantin baru ialah Cikgu Wellmexly Lojumin, Cikgu Ahmad Zulfadhli A. Zuhdi, Cikgu Aslinah Abd Majid, Cikgu Tanang Ajuh, Cikgu Mardiah Mokhtar, Cikgu Ibulan Roslee dan Cikgu Nor Fazilah Selamat.

Tahniah kepada Cikgu Wellmexly Lojumin yang telah menamatkan zaman bujang pada bulan Disember 2015 yang lalu | Foto oleh Carlos George