Prestasi Memberangsangkan COOPMART Tarik Perhatian UMS

TPA, Encik Azman Mansor (tengah) menyampaikan cenderahati kenangan kepada Dr Abdul Said Ambotang (kiri) yang berupa goodie bag dari pihak COOP MART KV Tawau. Turut sama, Penyelaras COOP MART, Encik Mohd Arif Rahima (kanan). | Foto ikhsan Azman Mansor

Prestasi memberangsangkan COOPMART Kolej Vokasional Tawau telah menarik minat Dr. Haji Abdul Said Ambotang, Pensyarah Kanan Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah (UMS). 

Menurut maklumat dari Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Mansor, tujuan lawatan kerja ini adalah untuk membuat penyelidikan mengenai penglibatan pihak pentadbir yang menyumbang kepada prestasi cemerlang sesebuah koperasi sekolah di Negeri Sabah.

Prestasi cemerlang yang dimaksudkan ialah keupayaan sesebuah koperasi untuk menjana keuntungan berdasarkan penjualan barangan kepada para pelajar, kakitangan sekolah dan juga para pelawat. 

Turut serta dalam lawatan kerja ini ialah Puan Suzan Andin, tutor di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, UMS.

TPA, Encik Azman Mansor (dua dari kanan) turut menyampaikan cenderahati kenangan kepada Puan Suzan Andin (dua dari kiri). | Foto ikhsan Azman Mansor