Majlis Perasmian Penutupan Minggu Penjanaan Minda Kohort 2016

Timbalan Yang Dipertua PIBG, Kolej Vokasional Tawau, Encik Mohd Saip Bin Hindia semasa menyampaikan ucapan perasmian penutupan majlis | Foto oleh Carlos George

Majlis Perasmian Penutupan Minggu Penjanaan Minda bagi Kohort 2016 berlangsung dengan jayanya di Dewan Tun Ahmad Shah, Kolej Vokasional Tawau, semalam, disempurnakan oleh Timbalan Yang Dipertua PIBG, Encik Mohd Saip Bin Hindia.


Encik Mohd Saip bersama barisan pentadbir Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George


Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar dan berharap agar para pelajar tidak mensia-siakan peluang yang telah diberikan kerana hanya yang terpilih sahaja akan dapat memasuki Kolej Vokasional Tawau.

"Saya pun ada anak yang bersekolah disini. Saya berharap agar tiada pelajar yang tidak berjaya menamatkan pengajian mereka. Semua boleh berjaya kerana para pensyarah yang ada disini semuanya berpengalaman. Yang penting, semangat untuk berjaya ada dalam diri masing-masing."

Sebelum itu, Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy yang menyampaikan ucapan alu-aluan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program sepanjang Minggu Penjanaan Minda Kohort 2016 terutamanya kepada pihak PDRM, AADK dan Unit Perancangan Keluarga Cawangan Tawau. Beliau turut mengingatkan pelajar tentang tanggungjawab mereka kepada kolej. 

"Setiap orang ada 'saham' dan tanggungjawab masing-masing dalam menjaga imej kolej kerana masyarakat diluar akan melihat kemenjadian pelajar."

"Peluang untuk pelajar lepasan Kolej Vokasional memasuki bidang industri sangat luas dan kemasukan syarikat-syarikat gergasi selaras dengan TPPA yang bakal ditandatangani pada 4 Februari nanti, akan meningkatkan persaingan untuk mendapatkan pekerja mahir bagi memenuhi keperluan industri."

"Oleh itu, saya berharap semua pelajar bekerjasama dan berjuang dengan penuh semangat dan dedikasi untuk mencapai cita-cita yang diimpikan".


Pelajar memberikan perhatian semasa mendengarkan ucapan daripada Pengarah Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George

Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Timbalan Yang Dipertua PIBG, Encik Mohd Saip Bin Hindia (kanan) sambil diiringi oleh TPSA, Encik Doimeh Dolinting (kiri) | Foto oleh Carlos George

Selepas ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan Bacaan Ikrar yang dilafazkan oleh Muhammad Faris Syahmi Bin Razlan dari Program 1SVM CTP.


Bacaan Ikrar diketuai oleh MMuhammad Faris dari Program Teknologi Pembinaan | Foto oleh Carlos George


Para pelajar mengucapkan ikrar masing-masing dengan penuh semangat | Foto oleh Carlos George

Majlis bersurai lebih kurang jam 11.00 pagi.

Gambar kenangan TPSA, Encik Doimeh Dolinting (tengah) dan Puan Nordayana Muhammad (dua dari kiri) dengan para pegawai polis wanita yang membuat pameran sempena majlis perasmian penutupan kali ini | Foto oleh Carlos George