Teknologi Kimpalan Jalin Usahasama Jayakan Projek Mini Astaka

Ketua Unit Teknologi Kimpalan, Cikgu Muhammad Hilmi Yop mengimpal batang paip terpakai untuk digunakan dalam projek Mini Astaka ini | Foto oleh Buareng Rahima

Projek Mini Astaka yang telah dimulakan oleh Cikgu Buareng Rahima bersama pelajar 1DVM Teknologi Pembinaan sejak minggu lepas, kini, disertai oleh guru/pensyarah dari Bengkel Teknologi Kimpalan bersama pelajar.

Idea rekabentuk Mini Astaka yang diilhamkan oleh Cikgu Mohd Rasi Solong kini mula menampakkan bentuk yang seakan-akan bentuk mini astaka terdahulu yang telah dirobohkan sejak 2012.


Antara pelajar 1DVM Teknologi Kimpalan yang terlibat menjayakan projek berkenaan | Foto oleh Buareng Rahima

Tahniah kepada kedua-dua program ini yang telah menunjukkan komitmen dan kerjasama untuk menyiapkan projek tersebut.

Dimaklumkan bahawa, Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah telah melawat tapak tersebut untuk melihat perkembangan semasa projek.