Pasukan Bola Jaring Pertahan Kejuaraan Kali Ke-3 Berturut-turut

Tahniah kepada Pasukan Bola Jaring KV Tawau yang telah berjaya mengekalkan kejuaraan buat kali ketiga berturut-turut | Foto ikhsan Darawati Pataruddin

Pasukan Bola Jaring Kolej Vokasional Tawau berjaya mengekalkan kejuaraan peringkat MSS Daerah Tawau, menewaskan lawan dengan rekod tanpa kalah dalam semua perlawanan peringkat kumpulan.

Pertandingan Bola Jaring Peringkat MSS Daerah Tawau anjuran bersama SMK Umas-umas dan PPD Tawau ini telah berlangsung di Kompleks Sukan Tawau pada 25 - 26 Januari 2016.

Sebanyak 10 pasukan bersaing dalam Kategori Bawah 18 Tahun termasuk Pasukan KV Tawau.

Berikut ialah keputusan perlawanan bagi Kolej Vokasional Tawau sepanjang pertandingan berlangsung:


Peringkat kumpulan:
Perlawanan 1: SM Konvent St Ursula (Menang: 17-10)
Perlawanan 2: SMK Kuhara (Menang: 27-3)
Perlawanan 3: SMK Jambatan Putih (Menang:21-5)
Perlawanan 4: MRSM Tun Mustapha Tawau (Menang: 24-10)

Separuh Akhir:
SMK Kinabutan (Menang:17-11)

Akhir:
SMK Tawau (Menang: 29-14)

Menurut Cik Darawati, pasukan ini telah menunjukkan komitmen dan kekuatan mental yang tinggi sepanjang perlawanan dan walaupun pertandingan ini tidak menyediakan anugerah untuk pemain terbaik perlawanan, Kapten Pasukan, Nur Rasidatul Hasyiqin Samad yang diberi gelaran "Tangan Magnet" oleh pasukan lawan dan para pengadil sememangnya layak untuk menerima anugerah tersebut.

Penyampaian hadiah kepada juara disempurnakan oleh Encik Tan Hock Seng, wakil PPD Tawau | Foto ikhsan Darawati Pataruddin

Gambar kenangan pasukan selepas menerima hadiah kemenangan | Foto ikhsan Mayah Mustapha

Tahniah kepada Pasukan Bola Jaring dibawah kendalian Cik Darawati Pataruddin bersama barisan guru, Puan Aslinah Majid, Cik Mayah Mustapha, Cik Wong Yun Shing dan Puan Kamariahnuur Napas.

Persediaan sejak sesi persekolahan bermula telah membuahkan hasil dan kini, peringkat seterusnya pasti akan lebih mencabar.