Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat MSS Daerah Tawau Kali Ke-49, 2016

Gambar kenangan atlit olahraga bersama Pengurus Pasukan, Cikgu Shaharuddin Aziz (berdiri - empat dari kiri) di Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau | Foto oleh Carlos George

Kejohanan Balapan dan Padang MSS Daerah Tawau Kali Ke-49 yang telah berlangsung pada 7 - 11 Mac 2016 menyaksikan pasukan olahraga Kolej Vokasional Tawau seramai 14 orang mengutip 1 emas, 1 perak dan 4 gangsa.

Walaupun gagal menyaingi pencapaian cemerlang tahun lepas, pencapaian ini dianggap pencapaian yang melegakan disebabkan faktor persediaan yang kurang teratur.

Tahniah kepada mereka yang berjaya meraih pingat, iaitu:

Nurhani Yunus (Emas: 1500m Perempuan, Gangsa: 3000m Perempuan)
Sheryl Mable Mata (Perak: HEPTA Perempuan)
Mohd Murshid (Gangsa: OCTA Lelaki)
Mohd Yazid (Gangsa: 5000m Lelaki)
Nurul Nazirah, Sheryl Mable, Syarifah Nurul Syamirah dan Nurhani (Gangsa: 4x400m)

Majlis penghargaan kepada atlit yang berjaya meraih pingat telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA) Encik Azman Haji Mansor dalam Majlis Perhimpunan Mingguan pada 21 Mac 2016.

Sheryl Mable Mata (dua dari kanan) menerima pingat perak dan sijil untuk acara HEPTA Perempuan yang disampaikan oleh TPA, Encik Azman Bin Haji Mansor (dua dari kiri) | Foto oleh Carlos George

Mohd Yazid menerima pingat gangsa dan sijil untuk acara 3000m Lelaki | Foto oleh Carlos George