Pengakap KV Tawau Sertai JAMNUS 2016

Antara 40 pelajar yang telah menyertai Perkhemahan Pengakap Peringkat Antarabangsa JAMNUS 2016 di Kompleks Sukan Tawau | Foto oleh Carlos George

Tahniah diucapkan kepada 40 orang pelajar yang telah mengikuti Perkhemahan Pengakap Peringkat Antarabangsa yang telah berlangsung di Kompleks Sukan Tawau dari 12 hingga 16 Mac 2016.

Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada Ustaz Kamarul Bahri Isla dan Skip Abdul Kahar Abdul Rahim yang mengiringi kumpulan ini sepanjang perkhemahan.

JAMNUS atau Jamboree Nusantara 2016 ini telah disertai oleh lebih kurang 2200 orang peserta yang terdiri dari badan beruniform sekolah-sekolah di Sabah, PRAMUKA Sabah dan Gerakan PRAMUKA Kwartir Cabang Nunukan.


Maklumat lain:
Majlis Perasmian Jamboree Nusantara Antarabangsa Tawau 2016
Majlis Penutupan Jamboree Nusantara Antarabangsa Tawau 2016