KV Tawau Lancar Pelaksanaan EKSA

Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Haji Mansor (berdiri-tengah) menyerahkan watikah perlantikan jawatankuasa kepada Penyelaras EKSA Kolej Vokasional Tawau, Cikgu Kusmawatie Dahan (berdiri-kanan) sambil diiringi oleh Katua Jaminan Kualiti (KJK), Encik Yahaya Ismail (berdiri-kiri). | Foto oleh Carlos George 

Selaras dengan visi pengarah dan lawatan penandarasan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Tawau di Tingkat 5, Wisma Persekutuan Tawau pada Oktober 2015, Jawatankuasa EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor AWAM), Kolej Vokasional Tawau melancarkan Pelaksanaan EKSA bagi peringkat KV Tawau, semasa Majlis Perhimpunan Mingguan, 7 Mac 2016.

Gimik perasmian Pelancaran EKSA Peringkat Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George

Majlis perasmian Pelaksanaan EKSA berkenaan telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Haji Mansor, sambil diiringi oleh Ketua Jaminan Kualiti, Encik Yahaya Ismail.

Gambar kenangan Pelancaran EKSA. Dari kiri: KJK, Encik Yahaya Ismail, TPSA, Encik Doimeh Dolinting dan TPA, Encik Azman Haji Mansor | Foto oleh Carlos George