Program WE CARE Fasa I, 2016

Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran, Cik Darawati Pataruddin (duduk) menyemak syarat kelayakan bersama pelajar yang disenaraikan dalam program ini | Foto oleh Carlos George
Program WE CARE 2016 kali ini menampilkan seramai 45 pelajar dari Program DVM dan 35 pelajar dari Program SVM Tahun 2 dalam dua sesi berasingan, pagi dan petang.

Kehadiran ibubapa agak mengecewakan dengan hanya kira-kira 30% yang hadir.

Program ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada pihak pentadbir oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Haji Mansor yang mengucapkan terima kasih atas komitmen yang diberikan oleh ibubapa yang hadir dan turut meredakan kerisauan para ibubapa mengenai isu berkaitan hala tuju pelajar selepas tamat pengajian diploma kolej vokasional.

TPA, Encik Azman Haji Mansor semasa memberikan ucapan alu-aluan kepada pelajar dan ibubapa | Foto oleh Carlos George

Menurut Azman, dengan merujuk kepada sasaran produk Kolej Vokasional, 70% daripada pelajar ini akan memenuhi permintaan pasaran industri manakala baki 20% dijangka akan menjadi usahawan dan 10% lagi akan melanjutkan pelajaran. 

"Dua buah universiti IPTA iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) telah bersedia untuk menerima pelajar daripada Kolej Vokasional Tawau melalui Sistem Penilaian APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) oleh pihak MQA".

"Oleh itu, mentaliti para ibubapa perlu berubah dan memahami sistem APEL ini untuk memudahkan urusan anak-anak melanjutkan pelajaran ke universiti yang berkenaan".

Hanya 17 orang wakil ibubapa dan penjaga pelajar yang hadir daripada 45 orang pelajar dalam sesi pertama program kali ini | Foto oleh Carlos George

Selepas ucapan pentadbir, Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran, Cik Darawati Pataruddin diberikan laluan untuk memberikan taklimat mengenai kelayakan pelajar dan permasalahan yang perlu ditangani supaya kumpulan pelajar ini boleh menamatkan pengajian dengan memenuhi semua syarat kelayakan.

Encik Bacho Chole, antara wakil ibubapa yang mengemukakan soalan dan pandangan semasa sesi dialog antara pihak Kolej dan ibubapa | Foto oleh Carlos George

Sesi perbincangan enam mata antara tiga pihak: pelajar, ibubapa dan kolej dalam mengesan kelemahan dan cara menangani masalah berkenaan | Foto oleh Carlos George


Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Encik Doimeh Dolinting turut sama menjayakan sesi ke-dua, iaitu Program WE CARE untuk pelajar 2SVM di sebelah petang. | Foto oleh Carlos George

Program tamat lebih kurang jam 3.40 petang.