1001 Kenangan - Memori VOKTEK 2016


Karnival Sukan Antara Kolej Vokasional Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan 2016 yang bermula pada 30 Mac, akhirnya menutup tirai pada 03 April 2016.

Kenangan pada hari pertama semestinya menjadi kenangan seumur hidup buat pasukan yang pertama kali menyertai karnival ini iaitu, Kolej Vokasional WISDEC (MITB), Kota Kinabalu yang terkandas dalam perjalanan di kawasan Kimanis, Papar dan merupakan kontinjen yang terakhir menjejakkan kaki ke Kolej Vokasional Tawau, lebih kurang jam 10.30 malam.

Tirai pertandingan bermula seawal jam 7.30 pagi pada hari pertama menyaksikan kelibat para wirawan dan wirawati daripada semua kolej yang bertanding memberikan persaingan hebat dengan menunjukkan segala usaha yang telah ditabur untuk membentuk pasukan masing-masing.

Walaubagaimanapun, hanya yang terbaik akan muncul sebagai pemenang dan hasilnya, empat pasukan dari acara ragbi, bola sepak, bola jaring dan bola tampar perempuan merangkul kejuaraan masing-masing. Tahniah!! Sesungguhnya, usaha, kerjasama dan semangat pasukan yang padu telah mengiringi kemenangan ini sejak dari mula.


Kapten Pasukan Kolej Vokasional Tawau A, Mohd Arif menerima sijil selaku Johan Acara Ragbi VOKTEK 2016 daripada Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy | Foto oleh Carlos George 

Pasukan KV Beaufort (baju biru) menewaskan pasukan KV Tawau dalam perlawanan akhir untuk mengungguli Acara Bola Tampar Perempuan | Foto oleh Carlos George

Pasukan KV Keningau bersama jurulatih pasukan menggayakan pingat masing-masing selepas dinobatkan sebagai Juara Acara Bola Jaring | Foto oleh Carlos George

Pasukan Bola Sepak KV Keningau turut mengungguli Acara Bola Sepak dan sangat bertuah kerana menerima piala kemenangan daripada Datuk Haji Tawfiq DSP Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah yang sempat meluangkan masa menonton perlawan akhir | Foto oleh Carlos George


Tahniah kepada semua pemenang dan tanggungjawab anda, membawa Piala Juara Keseluruhan VOKTEK Peringkat Kebangsaan 2016... Semoga berjaya!!!


Penyampaian Piala Juara Keseluruhan kepada pasukan juara. Dari kanan: Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy; Pengerusi Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Mohd Asri Alian; Encik Arif Rahima; Ketua Kontinjen KV Tawau, Encik Doimeh Dolinting dan Encik Mohd Rasi Solong | Foto oleh Carlos George - Gambar ini turut dimuatkan dalam Borneo POST - 8 April 2016, HOME Column, Page 8.

RAHMAT 1 MATA BERHARGA DARI PASUKAN BOLASEPAK...

Kejayaan pasukan tuan rumah, Kolej Vokasional Tawau yang merangkul Juara Keseluruhan VOKTEK 2016 merupakan detik yang ditunggu-tunggu setelah kali terakhir mengenggam gelaran ini pada tahun 2006. Memperolehi kelebihan satu mata berbanding KV Keningau dalam kiraan mata adalah satu rahmat walaupun kekecewaan melanda pasukan bola sepak KV Tawau yang telah berusaha bersungguh-sungguh namun terpaksa akur dengan dua penentuan sepakan penalti yang menyaksikan mereka hanya mendapat tempat ke-4 dalam acara bola sepak. 


Antara pemain pasukan KV Tawau, dari kiri: Mohd Ruziyansyah, Mohd Ali, Faizul dan Nik Zulhilmi | Foto oleh Carlos George




Tahniah kepada semua pemenang dan pasukan tuan rumah!!!



MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN VOKTEK 2016...



Majlis Perasmian Penutupan Perlawanan Akhir Bola Sepak VOKTEK Zon Sabah (Sukan antara Kolej Vokasional) di Padang Vokasional Tawau telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan
Posted by Tawfiq Abu Bakar Titingan on Tuesday, April 5, 2016



Pengerusi Pengarah Kolej Vokasional Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Mohd Asri Alian menyempurnakan perasmian penutupan VOKTEK 2016, bagi pihak Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Datuk Haji Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan yang tidak dapat hadir dalam majlis makan malam | Foto oleh Carlos George

Majlis Perasmian Penutupan pada Majlis Makan Malam VOKTEK 2016 juga sememangnya akan menjadi kenangan manis apabila Pengarah Kolej Vokasional Tawau, Encik Rangiah menjemput sebuah Kumpulan Penghibur Tempatan, SR Entertainment yang telah memberikan empat persembahan istimewa terutamanya, tarian Herman Khan dengan lagu SONIA dari filem Hindustan - Khabi Khabie Gham (2001).

Penampilan khas SR Entertainment | Foto oleh Carlos George

Herman Khan mengamatkan suasana dewan melalui lagu You Are My Sonia | Foto oleh Carlos George

Penganjuran kali ini telah mendapat pujian dari semua pengarah kolej vokasional zon Sabah dan W/P Labuan dan ini merupakan hasil usaha dan kerjasama yang terjalin antara semua pasukan dan organisasi penganjur.

Gambar kenangan Pengarah dan Wakil Pengarah Zon Sabah dan W/P Labuan semasa Majlis Makan Malam dan Perasmian Penutupan VOKTEK 2016 | Foto oleh Carlos George

IMBAS SEMULA KEPUTUSAN-KEPUTUSAN PERLAWANAN MELALUI BULETIN VOKTEK 2016...

Buletin VOKTEK 2016



Gambar-Gambar Kenangan



JUMPA LAGI DI KUDAT 2017!!!

Encik Mohd Asri Alian menyempurnakan gimik penyerahan watikah kepada tuan rumah VOKTEK 2017, KV Kudat | Foto oleh Carlos George

Penyerahan Watikah Tuan Rumah kepada Pengarah KV Kudat, Encik Hafiz (dua dari kiri) yang disempurnakan oleh Pengerusi Pengarah-pengarah Kolej Vokasional Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Mohd Asri Alian (dua dari kanan). Turut mengiringi, Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah (kanan) dan TPSA, Encik Azman Mansor (kiri) | Foto oleh Carlos George