Kolej Vokasional Tawau Juarai VOKTEK Zon Sabah dan WP Labuan 2016

Dari kanan: Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy; Pengerusi Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Encik Mohd Asri Alian; Encik Arif Rahima; Ketua Kontinjen KV Tawau, Encik Doimeh Dolinting dan Encik Mohd Rasi Solong | Foto oleh Carlos George

Tawau: Kolej Vokasional (KV) Tawau muncul juara keseluruhan Karnival Sukan VOKTEK selepas menewaskan sembilan lagi pasukan pada karnival yang telah berlangsung di sini. Kali terakhir KV Tawau menjuarai Tawau menjuarai karnival ini ialah pada tahun 2006. 

Karnival sukan selama empat hari berkenaan membabitkan Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 30 Mac menyaksikan lapan buah kolej vokasional, Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu dan KV Wisdec bersaing dalam empat acara sukan iaitu ragbi, bola jaring, bola tampar perempuan dan bola sepak.

Pasukan tuan rumah, KV Tawau mengumpul 19 mata, memenangi satu pingat emas dalam acara ragbi, dua pingat perak dalam acara bola jaring dan bola tampar perempuan dan menduduki tempat ke empat dalam acara bola sepak. KV Keningau terpaksa akur dengan kekalahan tipis 1 mata, ditempat kedua. Juara tahun lepas, KV Kudat menduduki tangga ketiga dengan 14 mata. 

Majlis perasmian penutupan karnival disempurnakan oleh Pengerusi Zon Sabah dan WP Labuan, Encik Mohd Asri Alian, yang mewakili YB. Datuk Haji Tawfiq Bin DSP Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah merangkap ADUN N. 56 Apas.


** Berita yang sama turut dimuatkan dalam Borneo Post, Home Column, Page 8, pada 8 April 2016. Terima kasih kepada Encik Nobert Alan Kee.