KV Tawau FC Sekadar Seri dengan PAKOT FC

Lawrensa Allvianus, pemain tengah (dua dari kanan) mengawal bola sebelum melepasi salah seorang pemain PAKOT FC | Foto oleh Carlos George

Pasukan KV Tawau FC turun menentang Pasukan Persatuan Komuniti Tidung Tawau, Sabah (PAKOT) untuk perlawanan persahabatan ke-12 di Padang Kolej Vokasional Tawau pada Ahad, 24 April 2016 lalu.

PAKOT FC bermula garang dengan mendahului KV Tawau FC dengan jaringan 2-0 pada separuh masa pertama namun perubahan taktik dan pertukaran pemain di separuh masa kedua berjaya mengubah corak permainan KV Tawau FC. 

Dengan penguasaan bahagian tengah yang lebih baik di separuh masa ke-2, KV Tawau FC berjaya memperolehi sepakan penalti, namun gagal disempurnakan oleh Lawrensa. 

KV Tawau FC terus mengasak kubu pertahanan pihak lawan dan akhirnya berjaya menjaringkan dua gol dan seterusnya menyamakan kedudukan melalui pemain penyerang utama, Rozaini Risham, lapan minit sebelum perlawanan tamat.

Keputusan seri dalam perlawanan ini melengkapkan rekod lima kemenangan, empat kekalahan dan tiga seri, dalam 12 siri perlawanan persahabatan sejak 10 Januari 2016.

Rozaini Risham melepasi perangkap offside barisan pertahanan lawan sebelum menjaringkan gol kedua | Foto oleh Carlos George

PAKOT turut mengadakan perlawanan persahabatan bola tampar wanita menentang pasukan VOKTEK Kolej Vokasional Tawau yang berkesudahan, Pasukan Wanita PAKOT menang dengan keputusan 3-1.

Perlawanan bola tampar yang berlangsung di Gelanggang Bola Tampar, Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George


Pasukan Wanita PAKOT | Foto oleh Carlos George

Menurut Setiausaha Agung PAKOT, Encik Abd Malik Hj Yusof yang hadir untuk menyaksikan perlawanan bolasepak, acara berkenaan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan di Daerah Tawau dengan menjadikan PAKOT dan institusi pendidikan sebagai pemangkin untuk menjalin kerjasama dalam bentuk aktiviti sukan yang boleh dilakukan bersama-sama.

Abd Malik Hj Yusof (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Kapten Pasukan Bolasepak, Encik Syed Abdul Rahman Ahzar (kanan) sebelum perlawanan berlangsung di Padang KV Tawau.

Abd Malik Hj Yusof (kiri) menyampaikan cenderahati kepada jurulatih pasukan bola tampar KV Tawau, Encik Kholik Maming (kanan) sebelum perlawan bermula di Gelanggang Bola Tampar KV Tawau.