Sadri Terima Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Tahap 5

Penyerahan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia kepada Cik Sadri Saleho (kiri) oleh Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy (tengah) sambil diiringi oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Hj Mansor (kanan) di Bilik Tetamu, Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George

Tahniah diucapkan kepada Cikgu Sadri Saleho yang telah menerima Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 yang setara dengan Ijazah Am melalui Kaedah Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Satu majlis ringkas penyerahan diploma berkenaan telah dilakukan di Bilik Tetamu, Kolej Vokasional Tawau oleh Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy.

Seorang lagi guru, Encik Hashim Lahiban turut menerima DLKM Tahap 5 tetapi tidak dapat hadir semasa sesi penyerahan kerana komitmen tugas.

Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia milik Cikgu Sadri Saleho | Foto oleh Carlos George

Kaedah PPT adalah salah satu daripada tiga kaedah Persijilan Kemahiran Malaysia yang ditawarkan oleh pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Kaedah ini mengiktiraf kebolehupayaan, kemahiran dan tahap pengetahuan individu melalui pengalaman lalu (kerja atau latihan) tanpa perlu menduduki ujian. Calon dikehendaki mengemukakan bukti-bukti ketrampilan yang telah dimiliki untuk dinilai oleh Pegawai Penilai dan disahkan oleh Pengawai Pengesah Luaran yang dilantik JPK. Sila rujuk: http://www.dsd.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan3/perkhidmatan/skm

Terdapat lapan (8) tahap persijilan dalam SKM iaitu:
SKM Tahap 1 - Peringkat Operasi & Pengeluaran (SKM)
SKM Tahap 2 - Peringkat Operasi & Pengeluaran (SKM)
SKM Tahap 3 - Peringkat Penyeliaan (SKM)
DKM Tahap 4 - Peringkat Penyeliaan (Diploma Kemahiran M'sia)
DLKM Tahap 5 - Peringkat Pengurusan (Diploma Lanjutan Kemahiran M'sia)
TKM Tahap 6 - Peringkat Pengurusan (Teknologi Kemahiran M'sia)
MKM Tahap 7 - Peringkat Teknologi Pakar (Malaysian Skills Master)
MTM Tahap 8 - Peringkat Senior Teknologi Pakar (Malaysian Skills Senior Technology Master)