KV Tawau Terima 23 Orang Guru Baru

Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy semasa Sesi Taklimat Bersama Pengarah dengan guru-guru baru di Bilik Mesyuarat BMG1, semalam. Turut hadir, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Doimeh Dolinting dan Ketua Jabatan Pentaksiran dan Penilaian, Cik Darawati Pataruddin. | Foto oleh Carlos George 

Kolej Vokasional (KV) Tawau amat berbesar hati menerima 23 orang guru baru yang telah melapor diri pada 17 Ogos 2016, semalam. Kumpulan guru semuanya berasal dari Semenanjung Malaysia, tiba di Tawau sejak malam hari Selasa.

Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy yang mengalu-alukan kedatangan guru-guru berkenaan, memulakan bicara pengenalan dalam Sesi Taklimat Bersama Pengarah.

Beliau mengucapkan tahniah kepada semua guru kerana telah menerima tawaran untuk berkhidmat di Kolej Vokasional Tawau, yang merupakan antara KV terbaik di Malaysia.

"Kamu sangat beruntung kerana dihantar ke Kolej Vokasional Tawau tetapi guru-guru baru kena faham, Sistem Kolej Vokasional tidak sama dengan Sistem Sekolah Aliran Perdana. Di sini, kamu akan diberikan induksi dan berpeluang untuk mengikuti banyak kursus berkaitan bidang yang kamu akan ditugaskan kelak".

Beliau turut menyarankan agar semua guru baru ini mencari keseronokan samaada semasa bekerja atau diluar, kerana Tawau dan daerah sekitarnya seperti Semporna dan Sandakan menawarkan banyak tempat untuk dilawati dan dinikmati.

"Kalau rindu makanan dari Semenanjung, jangan susah... Apa makanan yang ada di Semenanjung.. Di Tawau pun ada..." tambahnya lagi.

Sebelum mengakhiri Sesi Taklimat Bersama Pengarah, beliau berbesar hati memberikan tajaan 50% untuk hidangan istimewa Nasi Arab dibawah Program Keusahawanan Pelajar SVM Tahun 2 yang berlangsung pada hari ini.

Terima kasih kepada Pengarah, Encik Rangiah.

Berikut ialah senarai guru-guru baru yang telah melapor diri, semalam.