Minggu Keusahawanan, Inovasi dan KV Skills Peringkat KV Tawau Dilancarkan Hari Ini

Timbalan Pengarah Akademik (TPSA), Encik Azman Mansor (empat dari kiri) bersama Timbalan Penyelaras Minggu Keusahawanan, Inovasi dan KV Skills 2016, Encik Nurdin Muliuseng (lima dari kiri) selepas Majlis Pelancaran dan penyempurnaan gimik pelancaran di Dewan Tun Ahmadshah hari ini. Turut sama, ketua-ketua jabatan. | Foto oleh Carlos George

Program Minggu Keusahawanan, Inovasi dan KV Skills 2016 Peringkat Kolej Vokasional (KV) Tawau telah dilancarkan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansor di Dewan Tun Ahmadshah, KV Tawau, hari ini, selepas Majlis Perhimpunan Mingguan.

Minggu Keusahawanan, Inovasi dan KV Skills ini menampilkan beberapa aktiviti menarik seperti Pertandingan Inovasi antara kursus, Pertandingan Kuiz Inovasi, Inertia Warrior dan turut diserikan dengan Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik.

Tidak ketinggalan ialah Karnival Kerjaya dan Keusahawanan yang akan berlangsung pada 23 - 25 Ogos 2016. Semua sekolah disekitar Daerah Tawau dijemput untuk menyertai karnival berkenaan.

Peringkat Akhir Pertandingan Inovasi akan berlangsung pada 25 - 26 Ogos dan pemenang dijangka akan mewakili Kolej Vokasional Tawau ke Pertandingan Inovasi peringkat Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.