Keputusan SPM 2013: Min Gred Meningkat 0.15

Sabar menanti pintu Bilik BMG 2 dibuka...

Keputusan SPM yang diumumkan hari ini telah menunjukkan usaha berterusan antara guru dan pelajar untuk memberikan yang terbaik dalam memburu kejayaan demi kepentingan masa depan pelajar. 


Ustaz Kamarul meneliti slip SPM sebelum menyerahkan kepada palajar

Penyerahan slip keputusan SPM bermula pada jam 11.00 pagi di Bilik BMG 2, selepas analisis keputusan SPM yang dilakukan oleh Ketua Jabatan Penilaian dan Pentaksiran bersama dengan pembantunya di SMK Abaka, Tawau. Sememangnya, getaran jantung semakin kuat apabila pintu Bilik BMG 2 dibuka...


"Saya sudah dapat slip SPM"... | Pesanan: Jangan lupa lunaskan hutang kalau ada...

Dua orang pelajar iaitu Mark Fareed Bin Harris (Kursus Katering) dan Dylia Nurshakinaz Binti Rudiyansah (Kursus PKOM) muncul sebagai pelajar terbaik daripada 359 calon yang mengambil peperiksaan SPM pada tahun lalu. Kedua-dua pelajar ini mendapat 7A dengan masing-masing mendapat gred purata 2.00 dan 2.44 . Selain daripada dua orang pelajar ini, 15 pelajar lain turut sama berkongsi kegembiraan apabila mendapat keputusan 5A dan keatas. Mereka ialah:

Faridatul Fazwin Binti Abdul Rahim (Kursus PPN) - 6A
Nurfadihlah Syahmina Binti Sabarudin (Kursus Bakeri) - 6A
Mohd Amir Hamzah Bin Mohd Gasing (Kursus PKOM) - 6A
Nuratirah Syazwani Binti Mokthar (Kursus PKOM) - 6A
Uzierahayu Binti Ahmad Sani (Kursus Katering) - 6A
Sarwina Binti Aliyas (Kursus PPN) - 6A
Soufi Husairy Bin Ahmad Hussain (Kursus PKOM) - 6A
Rina Binti Abdul Manan (Kursus PPN) - 5A
Nurul Atikah Binti Burhan (Kursus PPN) - 5A
Mohd Shahwanizam Bin Irwan (Kursus EE1) - 5A
Nadiatul Fitria Binti Lamba (Kursus Bakeri) - 5A
Mohd Azwan Bin Bahad (Kursus PPN) - 5A
Norfatkhul Jannah Binti Sulaiman (Kursus PKOM) - 5A
Arman Bin Abdul Muhammad (Kursus KFL) - 5A
Wahyuni Lestary Binti Lasuufi (Kursus Katering) - 5A

Kira-kira jam 12.30 tengahari, Majlis Penyerahan Slip Kepada Para Pelajar Yang Mendapat 5A ke atas telah dilangsungkan di Bilik BMG 1. Antara yang hadir dalam majlis ini ialah YDP PIBG, Encik Abdul Samat Bin Akui, Bapa Angkat Kurikulum KV Tawau, Encik Mohd Gasing Bin Hj Saling, Pengarah KV Tawau, Encik Johan Okasa, TPSA, Encik Ahmad Fakhrurazi Hamzah, ketua-ketua jabatan dan turut dijemput ibu pelajar yang juga salah seorang Nazir Sekolah di JNJK Cawangan Tawau, Puan Edna Magbanua.


Dari kanan: Puan Edna Magbanua, Puan Norliza Zakaria, Encik Mohd Fadzilah Hussin, Encik Ahmad Fakhrurazi Hamzah, Encik Ishak Japar.


Ucapan alu-aluan daripada Pengarah Kolej Vokasional Tawau

Ucapan penghargaan daripada YDP PIBG, Encik Abdul Samat Bin Akui

Encik Mohd Gasing Haji Saling menyampaikan slip SPM kepada anaknya sendiri yang mendapat 6A, Mohd Amir Hamzah Bin Mohd Gasing

Tahniah kepada pelajar Kursus PPN, Rina Binti Abdul Manan - 6A

Pelajar Terbaik SPM 2013, Mark Fareed Bin Harris bersama ibunya, Cikgu Nare @ Nur Izzati Binti Ambotang dan neneknya

Dan semestinya ucapan tahniah saya (blogmaster) secara peribadi kepada Kelas 5 PKOM yang telah mendapat min gred 2.29 dalam matapelajaran Sains yang saya ajar selama 2 tahun...


Pencapaian min gred 4.81 pada tahun ini menunjukkan peningkatan min gred sebanyak 0.15 berbanding 4.96 pada tahun lepas. Pencapaian kali ini yang disifatkan oleh Pengarah Kolej Vokasional Tawau sebagai suatu peninggalan legasi terbaik SPM sepanjang sekolah ini beroperasi sejak 1981. Lebih membanggakan, min gred pada tahun ini telah melepasi Gred Purata Nasional dan Gred Purata Negeri (Sabah) yang masing-masing merekodkan peningkatan pada 4.93 dan 5.30.

* "Pencapaian keseluruhan calon SPM 2013 bertambah baik dengan nilai GPN 4.93 mata berbanding 5.08 mata pada 2012, iaitu peningkatan sebanyak 0.15 mata. Nilai GPN yang lebih kecil menunjukkan pencapaian calon yang lebih baik," jelas beliau. - Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Dr Khair Mohamad Yusof.

* Di KOTA KINABALU, Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip menyifatkan pencapaian SPM di Sabah pada tahun 2013 sebagai yang terbaik dalam tempoh lima tahun lalu dengan GPN 5.30.


Tahniah sekali lagi kepada semua barisan guru dan pelajar yang telah banyak berusaha dalam merealisasikan pencapaian ini.

Kepada semua bekas pelajar SPM 2013, jangan lupa menyertai Majlis Konvokesyen Pelajar SPM Kali Ke-14, 2014 yang akan berlangsung pada 12 April 2014 nanti... Jumpa di sana...