Kejohanan Wajadiri Nasional 2014 dan Persembahan Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Terbesar Negeri Sabah

Guru, Cikgu Anif (kiri) dan Cikgu Mohd Fadzilah (kanan) bersama pelajar pada hari kejohanan berlangsung... | Foto oleh: Cikgu Mohd Fadzilah Bin Husin

Seramai 20 orang pelajar Kolej Vokasional Tawau telah menyertai Kejohanan Wajadiri Nasional Peringkat Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan Sekolah 2014 dan Persembahan Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Terbesar Negeri Sabah pada 22 dan 23hb Mac 2014 yang lalu. Dua orang guru Silat Cekak Pusaka Hanafi Kolej Vokasional Tawau iaitu Cikgu Mohd Fadzilah Bin Husin dan Cikgu Anif Bin Hamzah turut mengiringi rombongan ini.

Sumber: Header Facebook Wajadiri 2014

Kejohanan Wajadiri kali ke-19 pada 22 Mac 2014 yang telah dilangsungkan di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Kota Kinabalu di Likas ini mempertandingkan 6 kategori silat cekak berbentuk persembahan. Turut dilaporkan bahawa sebanyak 50 kontinjen melibatkan hampir seribu pesilat IPT dan sekolah menengah dari seluruh negara telah bersama-sama menyertai kejohanan ini.


Kesemua 20 pelajar yang menyertai kejohanan ini... |
Foto oleh: Cikgu Mohd Fadzilah Bin Husin

Pelajar bersama sijil masing-masing... |
Foto oleh: Cikgu Mohd Fadzilah Bin Husin

Lebih manis, kepulangan kontinjen Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Kolej Vokasional Tawau diiringi dengan kilauan gangsa apabila peserta Kolej Vokasional Tawau yang bertanding dalam Kategori Buah Standard berjaya mendapat tempat ke-3 Peringkat Nasional.

Gambar kenangan para kontinjen bersama perasmi pada hari kejohanan... |
Foto oleh: Cikgu Mohd Fadzilah Bin Husin

Menurut Yang Dipertua Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Hanafi Sabah, Haji Awang Masri Kefli, acara tahunan itu adalah sempena ulang tahun ke-20 penubuhan Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi di negeri ini.

Laporan lisan oleh:
Cikgu Mohd Fadzilah Bin Husin

Sumber bacaan:
http://e-sabahdaily.com :  Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Pusaka Hanafi 2014
http://besrtmkk.wordpress.com : Sabah Tuan Rumah Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Pusaka Hanafi 2014