Pembawa Bendera Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Zon Tenggara 2014 Menerima Penghargaan

Pasukan Kadet Polis KV Tawau yang bertugas semasa Majlis Penutupan Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat MSS Zon Tenggara 2014 menerima sijil penghargaan dalam Majlis Perhimpunan Mingguan...

Pasukan Kadet Polis KV Tawau telah diberikan penghargaan untuk memikul tugas sebagai Pembawa Bendera Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat MSS Zon Tenggara 2014 dalam majlis penutupan yang telah dilangsungkan pada petang, 22 Mac 2014.


Pasukan Pembawa Bendera Kejohanan bersama Cikgu Muhammad Yamalang | Foto: Cikgu Arif Rahima
Tunjuk gigi... | Foto oleh Cikgu Arif Rahima
Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Encik Darmanshah yang diiringi oleh Encik Veae Sarima menerima Bendera Kejohanan daripada Pilar Chung Sie Mei (Kadet Polis)

Kejohanan ini telah berlangsung di Stadium Utama, Kompleks Sukan Tawau bermula 19 hingga 22 Mac 2014.

Tahniah dan terima kasih kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam menjayakan tugas ini...