Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah Kali Ke-43 Tahun 2014

Suasana dalam Dewan Masyarakat Tawau yang dipenuhi oleh guru-guru dari sekitar Daerah Tawau dan Semporna
 
Majlis Pelancaran Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sabah Kali Ke-43, 2014 telah berlangsung dengan meriah, di Dewan Masyarakat Tawau semalam. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah, YAB. Datuk Seri Panglima Musa Bin Hj. Aman.


Ketua Menteri Sabah, YAB. Datuk Seri Panglima Musa Bin Hj. Aman tiba lebih kurang jam 9.15 pagi...
Ucapan perasmian daripada YAB. Datuk Seri Panglima Musa Bin Hj. Aman

Dalam ucapan perasmiannya, Datuk Seri Panglima Musa mengingatkan golongan pendidik supaya sentiasa bersiap sedia untuk mengadaptasi perubahan yang sesuai selaras dengan peredaran masa. Dan, untuk menuju arah tersebut, guru-guru perlu berusaha mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran diri seperti mempelajari ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerana ia akan memudahkan mereka untuk menghasilkan proses pengajaran yang kreatif dan menarik.


YAB. Datuk Seri Panglima Musa melancarkan gimik perasmian....

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengarah Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip dan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun.


Pasangan mahasiswa dan mahasiswi Institut Perguruan Tawau yang menyampaikan Lagu Tema Hari Guru dengan bersemangat...
Dari kiri: Aron @ Anifah Warso, 64, dari Kampung Kalampunan, Keningau dan Awang Mohdzar Abdul Samad, 74, anak kelahiran Sindumin, Sipitang dinobatkan sebagai Tokoh Guru Negeri Sabah 2014
YAB. Datuk Seri Panglima Musa turut menerima cendera kenangan berupa hasil tangan pelajar-pelajar di Daerah Tawau

Ucapan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru Kolej Vokasional Tawau yang terlibat dalam Jawatankuasa Gimik, yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam memberikan persembahan gimik yang menarik.

Ucapan tahniah dan terima kasih juga diucapkan kepada barisan guru dan pelajar Kolej Vokasional Tawau yang menjayakan Booth Pameran Pendidikan dan Kerjaya Kolej Vokasional Tawau terutamanya untuk Kursus Bakeri dan Pastri, Kursus Kosmetologi dan Jawatankuasa OUTREACH. 

Gambar kenangan barisan pentadbir, guru bersama para pelajar yang menjayakan pameran Kolej Vokasional Tawau dalam majlis ini...
Pelajar Kursus Bakeri dan Pastri Tahun 2 bersama TPSA, Encik Ahmad Fakhrurazi Bin Hj Hamzah
Antara pelawat yang mengunjungi booth pameran Kolej Vokasional Tawau...


Baca lagi: