Majlis Perasmian Program Ihya Ramadhan 2014 M / 1435 H

Gimik Perasmian Program Ihya Ramadhan disempurnakan oleh Pengarah KV Tawau, Encik Johan Okasa..

Majlis Perasmian Program Ihya Ramadhan Peringkat Kolej Vokasional Tawau berlangsung pada hari ini, selepas Majlis Perhimpunan Rasmi Mingguan di Dewan Tun Ahmad Shah. Program ini bermula pada jam 8:00 pagi dan Majlis Perasmian disempurnakan oleh Pengarah KV Tawau, Encik Johan Okasa.

Banner Gimik Majlis Perasmian Program Ihya Ramadhan 2014

Program anjuran Jawatankuasa Penghayatan Islam dan Nilai-nilai Murni dengan kerjasama Unit Pendidikan Islam ini meliputi Ceramah Ambang Ramadhan, Persembahan Pelajar, Kuiz dan Penyampaian Hadiah.



Penceramah jemputan untuk Ceramah Ambang Ramadhan, Ustaz Mohammad Bin Osman dari SMK Tawau..
Lucu juga ustaz ni... Siap posing untuk ambil gambar lagi...
Dengar ceramah ya cikgu-cikgu...

Program ini berakhir pada jam 9.30 pagi.