Pencapaian Istimewa dalam FNAKV

Bersama sijil dan plak penghargaan dari Kolej Vokasional Beaufort. Dari kiri: Razman Nasir, Kamarul Bahri Isla dan Nurfatin Fitria Saharudin | Foto oleh Carlos George
Kolej Vokasional Tawau melakar sejarah tersendiri apabila Nurfatin Fitria mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Bercerita dan Razman Nasir berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Hafazan sempena Festival Nasyid Antara Kolej Vokasional Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Festival yang julung kali diadakan ini adalah anjuran Unit Pendidikan Islam Kolej Vokasional Beaufort selama dua hari dari 27 hingga 28 Februari yang lalu.

Tahniah kepada rombongan yang diketuai oleh Penyelaras MTQ KV Tawau, Ustaz Kamarul Bahri Isla. 

Majlis penghargaan kepada pelajar-pelajar ini telah disempurnakan oleh Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy dalam Majlis Perhimpunan pada 2 Mac 2015.

TEMPAT PERTAMA | Nurfatin Fitria Saharudin menerima sijil penghargaaan selaku juara Kategori Pertandingan Bercerita | Foto oleh Carlos George
BANGGA | Razman Nasir menerima sijil penghargaaan selaku pemenang ke-3 Kategori Pertandingan Hafazan | Foto oleh Carlos George