KAPA KV Tawau Terpaksa Berpuashati Di Tempat Ke-2

Ketua Seksyen Pasukan SMK Tawau melapor diri kepada pegawai bertugas semasa Pertandingan Menyelamat Kategori Perempuan berlangsung... | Foto oleh Carlos George

Kadet Pertahanan Awam (KAPA) Kolej Vokasional (KV) Tawau terpaksa berpuashati di tempat ke-2 keseluruhan dalam Pertandingan Kemahiran Kadet Pertahanan Awam Peringkat Zon Tenggara 2015.

Pertandingan yang berlangsung pada 11 hingga 12 Mac 2015 di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tawau ini disertai oleh 17 buah sekolah sekitar Daerah Tawau termasuk wakil tunggal dari Daerah Lahad Datu, SMK Paris. Sebanyak 8 kategori dipertandingkan yang melibatkan Kemahiran KAPA iaitu Menyelamat (Lelaki/Perempuan), Perawatan Awal (Lelaki/Perempuan) dan Melawan Kebakaran (Lelaki/Perempuan) dan Kawad Kaki (Lelaki/Perempuan).
 
Peserta KV Tawau dalam Pertandingan Menyelamat Kategori Perempuan tidak berjaya mendapat tempat dalam saingan kali ini. Tahun lepas, KV Tawau mendapat tempat ke-3 dalam kategori ini. | Foto oleh Carlos George

Taktha Johan Keseluruhan untuk tahun 2015 dirampas oleh pasukan tuan rumah, SMK Tawau yang mendapat johan dalam tiga kategori iaitu Kawad Kaki (Lelaki), Perawatan Awal (Lelaki), Melawan Kebakaran (Perempuan) dan naib johan dalam empat kategori iaitu Kawad Kaki (Perempuan), Menyelamat (Lelaki dan Perempuan) dan Melawan Kebakaran (Lelaki).

Panas terik matahari tidak menjadi halangan kepada guru pengiring, Jumarni (ke-4 dari kiri) dan Ibulan (baju kuning) serta peserta lain dari KV Tawau untuk memberikan sokongan kepada peserta yang bertanding... 

Walau bagaimanapun, Ketua Guru Penasihat KAPA KV Tawau, Cikgu Nurhayati Amir memaklumkan tentang mutu pengadilan yang meragukan dalam Kategori Melawan Kebakaran (Perempuan) kerana ada pasukan yang membuat kesalahan semasa pertandingan tetapi tidak dikira. Kesalahan seperti menjatuhkan hos sepatutnya dikenakan penalti 3 minit. Bantahan telah dikemukakan dan keputusan seterusnya adalah di tangan penganjur dan Jabatan Pertahanan Awam Daerah Tawau.

Sekalung ucapan tahniah kepada semua jurulatih, guru pengiring dan pelajar yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam pertandingan ini.

Majlis perasmian penutupan pertandingan ini telah disempurnakan oleh Encik Vaea Sarima, Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan, PPD Tawau. Turut hadir dalam majlis ini ialah Lt. (PA) Zulfaituri bin Ramlee, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Tawau.

Pencapaian Kolej Vokasioal Tawau Dalam Pertandingan Kemahiran Kadet Pertahanan Awam Peringkat Zon Tenggara 2015

Kategori Menyelamat 

Lelaki - Tempat Pertama 
Perempuan - Tiada tempat

Kategori Perawatan Awal  

Lelaki - Tempat ke-2 
Perempuan - Tempat Pertama
* Ketua Seksyen Terbaik (Perempuan): Nur Aina Syafiqah Binti Sulaiman


Kategori Melawan Kebakaran 

Lelaki - Tempat Ke-3 
Perempuan - Tempat Ke-2

Kategori Kawad Kaki 

Lelaki - Tempat ke-2 
Perempuan - Tempat Ke-3

Maklumat lanjut boleh diperolehi di Laman Facebook Jabatan Pertahanan Awam Daerah Tawau:
Hari pertandingan: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.851472974914026.1073741977.460912037303457&type=1
Majlis penutupan: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.851483478246309.1073741978.460912037303457&type=1

Baca juga: http://kvtawau.blogspot.com/2014/04/kapa-kv-tawau-rangkul-juara-keseluruhan.html