Hoki Perlu Lebih Latihan, Kata Jurulatih

DIKAWAL KETAT | Mohd Lufty (jersi biru kuning) cuba melakukan hantaran untuk menembusi barisan pertahanan pasukan SSM Sabah | Foto oleh Carlos George

Pasukan Hoki Kolej Vokasional (KV) Tawau turun menentang pasukan Sekolah Sukan Malaysia (SSM) Sabah dalam satu perlawanan persahabatan anjuran PPD Tawau dengan kerjasama SSM Sabah.

Menurut maklumat yang diterima, pasukan SSM Sabah sedang melakukan siri jelajah perlawanan persahabatan dalam Negeri Sabah dimana, pasukan lelaki bertandang ke Daerah Tawau manakala pasukan perempuan bertandang ke Daerah Keningau.


SEMANGAT KESUKANAN | Bersalaman selepas perlawanan tamat | Foto oleh Carlos George
Dalam perlawanan ini, pasukan KV Tawau di bawah bimbingan jurulatih, Cikgu Mohd Rasi Solong ternyata tidak berdaya untuk mengekang para pemain pasukan SSM Sabah yang lebih garang mengasak kubu pertahanan pihak lawan. Pasukan KV Tawau mengalami kekalahan besar dalam perlawanan ini, namun bilangan jaringan tidak dimaklumkan.


Gambar kenangan kedua-dua pasukan selepas perlawanan... | Foto oleh Carlos George

Turut hadir dalam perlawanan ini ialah Pengerusi Teknik dan Pembangunan Sukan (PTPS) Hoki MSSM, Encik Tan Hock Seng.