Ujibakat VOKTEK IDOL 2015

LULUS | Siti Nurul Hasima membawakan lagu Terlalu Istimewa nyanyian Adibah Nor | Foto oleh Carlos George

Ujibakat untuk VOKTEK IDOL berlangsung di Dewan Tun Ahmad Shah dari jam 9.30 hingga 11.30 pagi, semalam. Ujibakat yang dijalankan dalam dua pusingan menggunakan lagu pilihan sendiri ini dianjurkan oleh Unit VOKTEK IDOL dibawah Penyelaras, Norhayati Sakka dan Cikgu Kholik Maming, selaku jurulatih utama.

Tujuan program ujibakat ini adalah untuk memilih peserta bagi mewakili Kolej Vokasional Tawau dalam Pertandingan VOKTEK IDOL Zon Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang akan berlangsung pada bulan April nanti.
SENANG HATI | Cikgu Kholik Maming (tengah) kelihatan gembira dengan penglibatan pelajar dalam program ujibakat ini. Turut sama, Cikgu Nurhayati Sakka (kiri) dan Cikgu Roscalia Baduk (kanan) | Foto oleh Carlos George
Peserta diadili berdasarkan kepada beberapa elemen seperti lontaran suara, penyampaian, penghayatan, keyakinan, gaya persembahan yang sesuai dan yang paling penting ialah keunikan atau faktor X. 

Seramai 22 orang pelajar menghadiri program ujibakat ini dengan semangat yang tinggi namun kebanyakan peserta dilihat kurang bersedia dari segi hafalan lirik yang memperlihatkan kelemahan ketara terutamanya apabila lagu minus one bermula. Apapun, ucapan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat dalam program ujibakat ini kerana telah cuba untuk memberikan yang terbaik mengikut kemampuan mereka.
PEMINAT | Antara pelajar yang datang untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan mereka
Pada akhir pusingan ke-2, penyelaras, jurulatih dan juri awam yang dijemput khas telah sebulat suara untuk memilih tiga peserta yang bakal menjalani latihan vokal dan persembahan sehingga ke hari pertandingan.

Peserta yang berjaya menarik perhatian para juri ialah Aron Mourine (Pra Diploma MTK Tahun 1), Mohd Irsyad Marhan (Pra Diploma ETN Tahun 2) dan Siti Nurul Hasima (Pra Diploma HSK Tahun 2). Tahniah kepada peserta yang telah terpilih...
BERBAKAT | Aron Mourine melontarkan suara dengan penuh keyakinan | Foto oleh Carlos George
MANTAP | Mohd Irsyad Marhan menyampaikan lagu Alasan Mu oleh Kumpulan Exist | Foto oleh Carlos George