KKRKVT Sambut Hari Lahir Guru

Acara memotong kek bersama barisan pentadbir, diketuai oleh Pengarah, Rangiah A/L Muthusamy (depan tiga dari kiri) bersama Pengerusi KKRKVT, Mohd Fadzillah Husin (depan dua dari kiri). Turut sama, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Doimeh Dolinting (depan empat dari kiri) | Foto oleh Carlos George

Kelab Kebajikan dan Rekreasi Kolej Vokasional Tawau (KKRKVT) menyambut Hari Lahir Guru bagi guru-guru yang lahir dalam bulan Januari hingga Mac tahun ini, selepas Majlis Perhimpunan Mingguan Kolej, semalam.


DALAM CATATAN SEJARAH KV TAWAU | Pengarah, Encik Rangiah menyuapkan kek kepada Idham Husin yang turut menyambut Hari Lahir pada bulan Januari | Foto oleh Carlos George

Majlis sambutan yang sederhana tetapi meriah ini didahului oleh ucapan penghargaan kepada guru yang menyambut hari lahir oleh Ustaz Mohd Kamarul Bahri Isla. Menurut maklumat dari Kamarul, jumlah guru yang menyambut Hari Lahir pada bulan Januari hingga Mac ialah 30 orang.

Semua guru yang menyambut hari lahir dipersilakan naik ke pentas untuk memotong kek bersama barisan pentadbir.


Kek dibahagian tengah adalah sumbangan peribadi daripada Pengarah, Rangiah A/L Muthusamy, manakala dua kek lagi dari KKRKVT | Foto oleh Carlos George

Kita ucapkan tahniah dan doakan yang terbaik kepada semua guru yang menyambut hari lahir dalam sesi sambutan hari lahir guru bulan Januari hingga Mac...