KV Tawau Sudah Bersedia Untuk VOKTEK

Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy menyerahkan Bendera Kolej Vokasional Tawau kepada Ketua Kontinjen, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Doimeh Dolinting | Foto oleh Emer & Azizah

Satu majlis ringkas Penyerahan Bendera Kolej Vokasional Tawau kepada Ketua Kontinjen VOKTEK Kolej Vokasional (KV) Tawau telah diadakan dalam Majlis Perhimpunan Mingguan Kolej pada hari Isnin lepas. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy.

Simbolik penyerahan bendera kolej ini ialah Kontinjen VOKTEK KV Tawau yang terdiri daripada 100 wirawan dan wirawati bersama 30 guru pengiring akan membawa bersama-sama nama dan maruah kolej yang diiringi dengan restu warga kolej untuk berjuang sebaik mungkin dalam Kejohanan VOKTEK Zon Sabah dan W/P Labuan yang akan berlangsung di Kolej Vokasional Labuan mulai 6 April ini.

Kejohanan VOKTEK Zon Sabah dan W/P Labuan dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Datuk Mary Yap Kain Ching. 

Kita yakin, berkat latihan dan usaha yang gigih selama beberapa bulan ini, pastinya kelibat pingat akan berkilau didada kontinjen kita pada kali ini. 

KV Tawau BOLEH!!!!!