KV Tawau Lancar Program KM1M

Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Mansor (dua dari kiri) dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Doimeh Dolinting (tiga dari kanan) bersama Jawatankuasa NILAM Kolej Vokasional Tawau semasa Perasmian Program KM1M Peringkat KV Tawau. Encik Hatta Hasan (kiri) merupakan Ketua Unit Pusat Sumber dan Penyelaras NILAM KV Tawau | Foto oleh Carlos George

Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) Peringkat Kolej Vokasional (KV) Tawau telah dilangsungkan pada 21 April 2015, tepat jam 10 pagi seperti yang disarankan oleh penganjur. 

Program yang dijalankan di Dewan Tun Ahmad Shah, KV Tawau ini disertai oleh para pelajar Pra Diploma Tahun 1 seramai 273 orang. 


Mohd Sharul menunjukkan bahan bacaan yang dibawa untuk program ini.. | Foto oleh Carlos George

Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Akademik, Encik Azman Mansor yang menutup ucapannya dengan dua buah pantun.


JOM MEMBACA LAGI!! Para pelajar Pra Diploma Tahun 1 menunjukkan bahan bacaan masing-masing selepas tempoh membaca tamat... | Foto oleh Carlos George
Pelajar perempuan turut sama menunjukkan bahan bacaan masing-masing... | Foto oleh Carlos George

Untuk makluman, KM1M merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaaan dalam kalangan murid. Dilaksanakan dibawah Program Gerakan Tabiat Membaca, program KM1M telah dimulakan kali pertama pada 26 Oktober hingga 5 November 2009.

Program KM1M 2015 Peringkat Kebangsaan diadakan selama tiga hari iaitu pada 21 hingga 23 April dengan tema Membaca Menjana Pemikiran 1 Malaysia. Majlis Pelancaran telah diadakan pada hari yang sama di SMK Tengku Afzan, Alor Akar, Kuantan, Pahang. (Sumber: http://kulaijaya.edu.my)