VOKTEK!! Kami Sudah Bersedia: Sofbol KV Tawau

Nuratiqah Haris Laksmana dari Pasukan BEES KV Tawau melakukan balingan semasa perlawanan menentang Pasukan SMK Balung, petang tadi | Foto oleh Carlos George

Walaupun hanya berjaya mengakhiri saingan diperingkat kumpulan dalam Kejohanan Sofbol Peringkat Zon Tenggara 2015, Pasukan Sofbol Kolej Vokasional (KV) Tawau yakin bahawa pasukan mereka sudah bersedia dari segi fizikal dan mental.

Kejohanan yang berlangsung selama dua hari di Padang SMK Kuhara, Tawau dari 31 Mac hingga 2 April 2015 menampilkan 16 buah pasukan lelaki dan perempuan dari sembilan buah sekolah/kolej dalam Zon Tenggara, bersaing untuk menjadi johan dalam kategori masing-masing.

PEMAIN LAWAN BERSEDIA MELAKUKAN PUKULAN |Antara aksi lain dalam perlawanan menentang SMK Balung yang sempat dirakamkan| Foto oleh Carlos George

Bersaing dalam Kumpulan B bersama SM St Patrick Tawau, SMK Balung Tawau dan KV Lahad Datu, Pasukan Sofbol KV Tawau mencatat dua kekalahan tipis dan satu kemenangan untuk menduduki tempat ke-3 dalam kumpulan.

Ketua Jurulatih Sofbol, Mohd Arif Bin Rahima telah mencuba semua pemain dalam kejohanan ini dan telah mengenalpasti pemain utama untuk KARNIVAL VOKTEK nanti.

"Pasukan kita telah bermain dengan baik menentang Pasukan KV Lahad Datu dan Pasukan SMK Balung namun mereka serba tidak menjadi semasa menentang pasukan SMK St Patrick", ulasnya selepas saingan mereka dalam kejohanan ini berakhir, petang tadi.

GAMBAR KENANGAN | Bersama pasukan Kolej Vokasional Lahad Datu... Jumpa lagi dalam Karnival VOKTEK di Labuan.... | Foto oleh Carlos George