Majlis Sambutan Hari Guru 2015

Banner sambutan Hari Guru Peringkat Kolej Vokasional Tawau 2015

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kolej Vokasional Tawau 2015 berlangsung dengan meriah pada 15 Jun 2015 bertempat di Dewan Tun Ahmad Shah. 

Acara bermula lebih kurang jam 7.30 pagi dengan acara senamrobik dan acara sukaneka antara guru dan pelajar. Antara acara sukaneka yang dipertandingkan ialah Bola Jaring Lelaki Guru vs Pelajar, Tarik Tali Perempuan Guru vs Pelajar, Makan Epal Lelaki Guru vs Pelajar dan Anyam Ketupat Perempuan Guru vs Pelajar.


Antara aksi mencuit hati semasa pertandingan bola jaring lelaki | Foto oleh Carlos George
Cikgu Hairuddin cuba menghalang pemain tengah pasukan pelajar dari membuat hantaran | Foto oleh Naizuwan
Antara aksi yang dirakam semasa pertandingan tarik tali antara pensyarah/guru dan pelajar | Foto oleh Naizuwan
Gambar kenangan para pensyarah perempuan yang menikmati pertandingan bola jaring lelaki | Foto oleh Carlos George
Pertandingan Anyam Ketupat
Para pensyarah dalam Kumpulan 4 cuba untuk menyaingi kumpulan lain untuk menganyam ketupat sebanyak mungkin dalam masa 10 minit | foto oleh Carlos George
Para pensyarah Bengkel Elektrik mewakili kumpulan masing-masing memulakan pertandingan makan buah epal. Dari kiri: Encik Mohammad Yamalang, Encik Ahmad Zulfadhli dan Encik Idham Husin | Foto oleh Carlos George
Memang susah makan buah epal tanpa menggunakan tangan... | Foto oleh Carlos George
Trio yang tewas walaupun bersemangat hingga ke buah epal yang terakhir... | foto oleh Carlos George

Selepas acara sukaneka, majlis diteruskan didalam Dewan Tun Ahmad Shah. Selepas nyanyian lagu dan bacaan doa, majlis diteruskan dengan persembahan pembukaan majlis iaitu persembahan nyanyian duet pelajar iaitu Abigail dan Johnstone yang menyampaikan Lagu Terima Kasih Cikgu oleh Najwa Latif.


Persembahan pembukaan daripada Abigail bersama Johnstone (tiada dalam gambar) | Foto oleh Carlos George
Wakil pelajar Mohd Shahniezam (kiri), TPA, Encik Azman (tengah) dan Pengarah, Encik Rangiah (kanan)

Selepas itu, wakil pelajar, Mohd Shahniezam Bin Sabransah menyampaikan ucapan alu-aluan dan diteruskan dengan bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA), Encik Azman Bin Mansor.

Kemudian, Pengarah KV Tawau, Encik Rangiah A/L Muthusamy menyampaikan ucapan perasmian yang antara lain menekankan tantang tema Hari Guru pada tahun ini iaitu Guru: Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.

"Kepentingan Modul Insaniah dalam program diploma adalah untuk membentuk akhlak dikalangan pelajar. Akhlak yang baik sangat penting dan kita boleh ambil contoh kes buli di sebuah kolej vokasional di Pahang yang berlaku baru-baru ini."

Selain daripada itu, beliau turut menekankan tentang kepentingan Bahasa Inggeris seperti yang telah dinyatakan dalam enam aspirasi murid PPPM 2013-2025 iaitu kemahiran dwibahasa. Ini akan memberikan kelebihan kepada para pelajar apabila bersaing dalam mencari pekerjaan kelak.

"Para pelajar perlu mengambil peluang ini kerana dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11), kerajaan akan menumpukan kepada peningkatan dalam aliran vokasional".

"Saya sudah berada di kolej ini selama 7 bulan dan saya sudah dapat melihat sedikit perubahan sikap pada pelajar Semester 1", tambahnya lagi.

Selepas ucapan perasmian, majlis diteruskan dengan acara pemotongan kek, persembahan sketsa dari pelajar dan diikuti dengan Penyampaian Anugerah Undian Pelajar dan Penyampaian Hadiah Sukaneka.


Acara Pemotongan Kek oleh barisan pentadbir Kolej Vokasional Tawau | Foto oleh Carlos George
Para pelajar yang menjayakan persembahan sketsa bertemakan hari guru


Anugerah Undian Pelajar sempena Hari Guru adalah anugerah yang diberikan oleh pelajar kepada guru-guru melalui undian yang dilakukan sebulan yang lalu. Terdapat 7 anugerah dan satu anugerah khas yang diberikan pada tahun ini iaitu Anugerah Guru Paling Berpenampilan Menarik (dimenangi oleh Ustaz Mohd Jamry Latief), Anugerah Guru Paling Comel (Dimenangi oleh Cikgu Siti Aisyah Ong), Anugerah Guru Paling Sporting (Dimenangi oleh Cikgu Lawrensia Allvianus), Anugerah Guru Paling Kreatif (Dimenangi oleh Cikgu Dewi Noraini Abd. Wahab), Anugerah Guru Paling Tegas (Demenangi oleh Cikgu Ishak Japar), Anugerah Guru Paling Lucu (Dimenangi oleh Cikgu Jumarni Shamsuddin), Anugerah Guru Paling Popular/Undian Terbanyak (Cikgu Arif Rahima) dan Anugerah Guru Khas (Dianugerahkan kepada Pengarah, Encik Rangiah A/L Muthusamy). 


Encik Ishak Japar menerima Anugerah Guru Paling Tegas hasil undian pelajar | Foto oleh Carlos George


Pengarah, Encik Rangiah menerima Anugerah Guru Khas daripada TPA, Encik Azman | Foto oleh Carlos George
 Pertandingan Makan Buah Epal

Pertandingan Tarik Tali

Pertandingan Bola Jaring 

 Pertandingan Anyam Ketupat


Majlis Sambutan Hari Guru dalam Dewan Tun Ahmad Shah diakhiri dengan bacaan ikrar dan nyanyian Lagu Hari Guru Malaysia (Download atau dengar Lagu Tema Hari Guru di http://www.moe.gov.my/v/lagu-tema-hari-guru).

Barisan pentadbir mengetuai bacaan ikrar Hari Guru
BERSEMANGAT | Dari kiri: TPA, Pengarah dan TPSA semasa menyanyikan lagu tema Hari Guru... | Foto oleh Carlos George
Kegembiraan terpancar diwajah guru-guru/pensyarah yang diraikan dalam majlis ini | Foto oleh Carlos George

Majlis berakhir lebih kurang jam 11.30 pagi untuk memberikan laluan kepada Program Ihya Ramadhan.

Gambar lain yang diambil semasa program ini berlangsung boleh dirujuk di: 
Facebook Cikgu Naizuwan: https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.718621994914185&type=1